Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan ganjaran besar buat pengurusan dan pemain skuad bolasepak Kedah andai berjaya mempertahankan Piala Malaysia.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkata, akan memberi bonus RM 50 000 buat pemain pemain jika muncul juara di Stadium Shah Alam malam ini.

Malah, pasukan Kedah berpeluang untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan untuk mengharungi musim 2018.

Dato’ Seri juga mengesahkan hari Ahad diumum sebagai cuti peristiwa buat negeri Kedah.

Dalam pada itu, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Brigader Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti Sultan Abdul Halim dan Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah serta barisan pengurusan tertinggi KFA meluangkan masa makan tengah hari di Acapella Hotel & Suite di Shah Alam tengah hari tadi.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

 

.

 

 

- Advertisement -