Tiada istilah anak emas atau pilih kasih dalam skuad Harimau Malaya kendalian Ketua jurulatihnya Tan Cheng Hoe.

Cheng Hoe akan tetap memantau prestasi semasa pemain pemain termasuk Liridon Krasniqi yang diberi kerakyatan sebagai warganegara Malaysia sekaligus menjadi pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam mengesahkan Liridon dibenarkan beraksi untuk pasukan kebangsaan selepas mendapat surat kebenaran daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Namun bagi Cheng Hoe, prinsipnya tetap sama, pemain pemai perlu menunjukkan tahap kecergasan dan komitmen mereka benar benar layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya atau sebaliknya.

Liridon yang kini beraksi untuk pasukan Johor Darul Takzim gagal menyerlah sejak berhijrah dari Kedah dimana kecederaan seringkali membelenggunya ketika bersama Melaka United sekaligus tidak banyak beraksi di atas padang.

Namun, Cheng Hoe mengharapkan pemain berusia 28 tahun itu mampu untuk bangkit dan kembali cergas untuk diberi peluang menjalani latihan pusat sekaligus beraksi untuk Harimau Malaya buat julung kali.

 Dalam pada itu, Chneg Hoe mengharapkan pemain pemain berusaha untuk mengekalkan kecergasan individu memandangkan tiada perlawanan liga berlangsung sejak Mac susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid 19

- Advertisement -