Badan induk bolasepak dunia, FIFA menggantung 11 pemain Vietnam selepas disahkan terlibat dengan pengaturan perlawanan ketika saingan kelayakan Kejuaraan Bolasepak Kebangsaan B21 tahun lalu.

Huỳnh Văn Tiến antara 11 pemain yang beraksi untuk kelab Đồng Tháp yang digantung FIFA bermula 11 Mei 2020 sehingga 11 Mei 2025.

Malah beliau turut dikenakan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF), tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti bolasepak anjuran VFF serta dikenakan denda VNĐ5 juta atau US$217.

Sementara 10 pemain dikenakan penggantungan selama enam bulan oleh FIFA berkuat kuasa dari 11 Mei sehingga 10 November 2020 dan turut dikenakan denda VNĐ2.5 juta seorang oleh Jawatankuasa Displin VFF.

Menurut Setiausaha Agung VFF, Lê Hoài Anh kepada media tempatan, pihaknya telah menerima kenyataan daripada FIFA.

Malah, Huỳnh Văn Tiến menerima denda da hukuman paling tinggi kerana menjadi ketua dan mempengaruhi 10 pemain lain untuk terlibat dalam gejala mengatur perlawanan.

10 pemain lain adalah Nguyễn Nhật Trường, Nguyễn Anh Phát, Võ Minh Trọng, Lê Nhựt Huy, Giang Sô Ny, Trần Hữu Nghĩa, Cao Tấn Hoài, Dương Vũ Linh, Kha Tấn Tài dan Trần Công Minh.

Insiden mengatur perlawanan berlaku ketika 11 pemain ini ketika perlawanan diantara Đồng Tháp menentang Vĩnh Long pada 19 Jun tahun lalu bagi saingan kelayakan kumpulan C kejohanan B21.

Mereka bertaruh VNĐ15 juta atau US$6,448 jika perlawanan berkesudahan samada dua gol dan kebawah.

Perlawanan tersebut berakhir dengan seri 1-1 sekaligus menyaksikan Đồng Tháp dan rakan rakan berjaya memenangi wang taruhan dan tambahan VNĐ133 juta atau US$5,718 dan dibahagi secara sama rata.

 

- Advertisement -