• Juventus sedang mempertimbangkan untuk melantik bekas pengendali Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino untuk menggantikan Maurizio Sarri.

 

  • Manchester City hampir melengkapkan proses pembelian pertahanan Bournemouth Nathan Ake. Pemain berusia 25 tahun ini pernah dipuji pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yang turut berhasrat mahu mendapatkannya.

 

  • Manchester United meletakkan harga tetap £80 juta kepada Borussia Dortmund samada mahu menerima atau sebaliknya tawaran mereka bagi mendapatkan pemain  sayap, Jadon Sancho.

 

 

  • Bekas pemain Liverpool, Steven Gerrard menjadi sasaran kelab Bristol City untuk mengisi posisi sebagai pengendali kelab itu. Gerrad ketika ini merupakan pengendali kelab Liga Scotland, Rangers.

 

 

 

 

 

  • Chelsea dalam proses perbincangan dengan Bayer Leverkusen bagi mendapatkan Kai Havertz dengan nilai £70 juta. Peluang The Blues tampak cerah kerana pesaing mereka telah ‘mengangkat bendera putih’

 

 

  • The Blues juga sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak namun perlu membayar klausa pelepasan sebanyak £110 juta untuk membawa pemain kelahiran Slovenia itu ke Stamford Bridge.

 

  • Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil menolak tawaran daripada kelab di Turki, Fenerbahce yang berminat untuk mendapatkan pemain berusia 31 tahun itu. Juara Liga Super Turki Basakheir juga dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pemain ini.

 

- Advertisement -