Impian jaguh badminton nombor satu dunia, Kento Momota untuk beraksi di kejohanan kompetitif pertama tidak kesampaian apabila disahkan positif jangkitan Covid 19.

Perkara tersebut disahkan oleh media tempatan hari ini dimana kontinjen Jepun termasuk Momota telah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita untuk ke Thailand bagi menyertai saingan Terbuka Thailand.

Pemain berusia 26 tahun itu kembali menyertai kem latihan pusat pada Sabtu selepas bercuti sempena tahun baru di kampung halamannya di Kagawa.

Keputusan ujian ke atas Momota didapati positif sekaligus menjejaskan keseluruhan kontinjen Jepun.

Situasi ini memaksa kesemua pemain dan pegawai terpaksa membatalkan hasrat untuk ke Thailand.

Sekaligus bakal menyaksikan tiga kejohanan yang akan berlangsung termasuk Siri Jelajah Dunia Final bakal kehilangan seri susulan ketiadaan Momota dan pemain pemain Jepun yang berada dalam kelompok lima terbaik dunia.

Terbuka Thailand dijadual berlangsung pada 12 Januari dimana Momota dijadual berdepan pemain tuan rumah, Khosit Phetpardab.

- Advertisement -