Masa depan pasukan Chelsea dilihat masih cerah walaupun prestasi pasukan itu agak merudum kebelakangan ini.
Pengerusi kelab Bruce Buck menyatakan pasukan Liga Perdana Inggeris itu telah mencatat keuntungan £32.5 juta (AS$44.4 juta) bagi tahun berakhir 30 Jun 2020.
Namun, impak penularan Covid-19 dengan penghentian perlawanan pada bulan Mac lalu memberi kesan apabila perolehan keseluruhan kelab itu menurun dari £446.7 juta kepada £407.4 juta.
Pendapatan penyiaran serta perlawanan turut mencatat kerugian masing-masing dengan £17.6 juta dan £12.2 juta akibat penangguhan kempen perlawanan.
Walaubagaimanapun, kelayakan untuk Liga Juara-Juara dan lebihan hasil dari penjualan beberapa pemain sedikit sebanyak membantu kelab itu mencatat keputusan positif.
Pengurangan kos pertandingan akibat penangguhan perlawanan kerana penularan virus Corona turut membantu mengimbangi sebahagian kerugian yang dicatat.
Namun perolehan aksi Chelsea dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana dilaman sendiri serta Piala FA dan Liga Juara-Juara yang berlangsung secara tertutup hanya dapat dilihat dalam tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021.
Pedapatan komersil juga turun £9.5 juta akibat penutupan di sekitar Stanford Bridge untuk aktiviti komersil lain.
Kelab tersebut juga melabur sebanyak £93.7 juta untuk perbelanjaan skuad tersebut yang merangkumi rundingan semula kontrak pemain yang sedia ada.
Namun, kontrak yang ditandatangani pemain Kai Haverts, Timo Werner, Ben Chilwell dan Edouard Mendy dalam jendela perpindahan musim panas tidak termasuk dalam penyata kewangan tahun ini kerana ianya selesai selepas 30 Jun 2020.
Buck mengatakan di laman sesawang kelab itu, semangat optimis masih terlihat di kelab itu walaupun hanya memperoleh empat mata dalam lima perlawanan terakhir mereka.
Tambahnya, walaupun terkesan dengan Covid-19, aliran pendapatan masih kukuh dan pasukan Chelsea berada dalam keadaan yang baik untuk terus berkembang. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -