Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik diharap terus bekerja keras dengan baki masa yang ada sebelum turun beraksi di saingan badminton Final Siri Jelajah Dunia yang akan berlangsung di Thailand, bermula pada Rabu.

Meskipun berjaya memperbaiki pencapaian di Toyota Terbuka Thailand semalam apabila muncul naib juara berbanding terkandas di pusingan pertama di Yonext Terbuka Thailand dua minggu lalu, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann mahu pengalaman yang diraih sepanjang dua kejohanan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya.

“Saya berharap mereka dapat meningkatkan keyakinan terhadap kemampuan masing masing melibatkan semua aspek semasa pertandingan berlangsung kerana mereka memiliki kemampuan untuk mencipta kejayaan.

“Kami sedar, banyak kerja yang perlu dilakukan dari segi taktikal dan teknikal tetapi kami percaya mereka berada di landasan tepat untuk berjaya,” kata Choong Hann.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik menduduki tangga kedua dibelakang gandingan Taiwan yang juga juara Toyota Terbuka Thailand minggu lalu, Lee Yang-Wang Chi Lin manakala satu lagi bergu lelaki negarta yang turut mara adalah pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang berada di kedudukan ke empat dibelakang bergu Indonesia, Mohd Ahsan-Hendra Setiawan.

Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia turut layak beraksi di kejohanan Final Siri Jelajah Dunia menawarkan hadiah kemenangan wang tunai keseluruhan bernilai AS$1.5 juta (RM6.07 juta).

Saingan bergu wanita, juga menyaksikan dua wakil negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen mengesahkan slot ke Final Siri Jelajah Dunia selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik manakala Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menjadi wakil tunggal dalam acara bergu campuran.

Choong Hann juga mahu pemain pemain menunjukkan semangat juang yang lebih tinggi sekaligus membalas kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap sukan badminton.

Dalam pada itu, Choong Hann turut memuji perkembangan yang ditunjukkan dua bergu muda negara, Pearly Tan-M Thinaah serta Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang dianggap menunjukkan prestasi yang mantap dan berada dilandasa yang tepat.

“Walaubagaimamapun, mereka masih belum berada di tahap yang diperlukan untuk setaraf dengan pemain pemain terbaik melibatkan aspek kekuatan dan kepantasan taktikal. Kami masih perlu bekerja keras untuk meningkatkan pemain ini,”kata Choong Hann lagi.

Beliau juga menjelaskan pemain yang tidak mencapai seperti yang diharapkan pastinya akan sedar dimana kedudukan mereka selepas tamat dua kejohanan Terbuka Thailand dan barisan kejurulatihan akan menilai perkara ini secara telus.

- Advertisement -