Kapten Wales, Gareth Bale meninggalkan sidang media selepas perlawanan Peringkat Kalah Mati menentang Denmark serta merta kerana enggan menjawab soalan yang dikemukan oleh wartawan.

Diawal sesi temuramah, segalanya tampak berjalan dengan lancar dimana Bale yang juga pemain Real Madrid yang dipinjamkan ke Tottenham Hostpurs musim lalu menyifatkan gol yang lawan mengubah corak permainan dan menjejaskan moral rakan sepasukan.

Skuad kendalian Rob Pages gagal melangkah ke peringkat suku akhir EURO 2020 selepas kecundang 0-4 ditangan Denmark.

Ia juga merupakan kekalahan paling teruk pasukan Wales dalam kempen EURO 2020.

Ketika soalan berkenaan masa depan bersama pasukan kebangsaan diajukan kepada Gareth Bale, beliau terus meninggalkan sesi temuramah tanpa menjawab sepatah pun.

Beliau telahpun melakukanb 96 penampilan antarabangsa bersama Wales dimana pencapaian terbaik Bale adalah membawa pasukannya melangkah ke peringkat separuh akhir EURO 2016.

Malah, beliau gagal menjaringkan gol sepanjang saingan EURO 2020 berbanding edisi 2016 dimana pemain berusia 31 tahun ini meledak 3 gol.

- Advertisement -