TerengganuĀ danĀ MelakaĀ masing-masing terpaksa berkongsi mata selepas terikatĀ 2-2Ā pada perlawanan kedua Kumpulan B Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak (Lelaki) 2021 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Kedua-dua pasukan kini berkongsi kedudukan teratas Kumpulan apabila terikat empat mata selepas dua perlawanan. Terengganu bagaimanapun mempunyai kelebihan jaringan untuk mengungguli kedudukan.Ā 

Berdepan Terengganu yang rata-rata dibarisi barisan muda SUKMA negeri, Melaka gagal mengambil peluang mengatasi skuad Pantai Timur itu biarpun diperkuat dengan sebahagian besar pemain senior negeri.Ā 

Terengganu, yang dikemudi ketua pasukan berpengalaman Fitri Saari, bermula baik dengan mengegar gawang Melaka seawal minit ke-3 sebelum Iyad Zul Thaqif merencat kegembiraan Terengganu menerusi jaringan padang hanya seminit selepas itu.Ā 

Corak permainan pantas sekali lagi berhasil apabila Muhammad Firdaus Omar meletakkan Melaka di depan sebelum tamat suku pertama (minit ke-13).

Fitri bagaimanapun, berjaya mengikat Melaka sebelum separuh masa menerusi jaringan penalti sudut pada minit ke-28.

Dua suku akhir menyaksikan aksi sengit dengan kedua-dua pasukan mempunyai peluang mencari gol kemenangan. Terengganu berputih mata pada akhir suku keempat apabila Mohd Sufi Ismail gagal menyudahkan peluang biarpun berdepan situasi satu lawan satu di depan gol.Ā 

Jurulatih Terengganu K. Rajan akur dengan keputusan perlawanan dan menganggapnya sebagai adil. ā€œ Saya dah jangka akan berlaku saingan amat sengit, nasib tidak menyebelahi apabila pemain gagal melakukan penyudahan dalam beberapa situasi,ā€ kata beliau.Ā 

Jurulatih Melaka Hazlan Hamzah senada degan K. Rajan dan menganggap nasib tidak menyebelahi mereka apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang terbuka. ā€œSecara keseluruhan, saya puas hati dengan prestasi pemain dan harap mereka dapat kekalkan prestasi dalam dua perlawanan seterusnya,ā€ kata beliau.Ā 

Dalam Kumpulan sama,Ā Negeri SembilanĀ memulakan cabaran dengan kemenangan besarĀ 

6-1Ā ke atasĀ KedahĀ untuk mengekori rapat kedudukan di tangga ketiga Kumpulan B.Ā 

Dua jaringan masing-masing daripada Azimuddin Syakir Kamaruddin dan Shahmie Irfhan Suhaimi membantu kemenangan sulung Negeri Sembilan yang turun sebagai pasukan underdog dalam Kumpulan.Ā 

Sebelum itu, Shahmie Irfhan meledak awal pada minit ke-5 sebelum Kedah membalas jaringan menerusi Muhammad Khairulamirin Abdul Jalil.Ā 

Begitu pun, Negeri Sembilan nyata sukar dikekang apabila Mohd Nor Aqmal Abdul Ghafar kembali meletakkan skuad bimbingan K. Velappan kembali di depan sebelum Azimuddin Syakir menemui sasaran pada minit ke-34, Shahmie Irfhan (minit ke-54) dan M. Saravanan pada minit ke-60 peralawanan.Ā 

Jurulatih Velappan puas hati dengan prestasi pemain biarpun turun sebagai underdog dalam Kumpulan B. ā€œPerlawanan pertama yang baik untuk pasukan dan diharap pemain dapat kekalkan momentum untuk perlawanan seterusnya,ā€ kata beliau.Ā 

Saingan Kumpulan C menyaksikanĀ Kuala LumpurĀ bangkit dari ketinggalan 4-1 untuk menundukkanĀ Pulau PinangĀ 5-4Ā pada perlawanan sengit yang menyaksikan juara 19 kali itu mengungguli kedudukan Kumpulan CĀ Ā dengan 6 mata.Ā 

Mohammad Syamin Mohd Yusoff muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan buat Kuala Lumpur selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4.

Kuala Lumpur,Ā yang meraih kemenangan selesaĀ Ā 4-0 ke atas Kelantan semalam, dikejutkan dengan jaringan awal Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit pertama sebelum berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Danial Asyraf Abdul Ghani dua minit kemudian.Ā 

Dua jaringan Nur Rahull Hrsikesa Mohd Murni pada minit ke-8 dan ke-35 dan Muhamad Najmi Irfan (minit ke19) melebarkan jaringan buat Pulau Pinang tetapi Kuala Lumpur bangkit mengikat kedudukan menerusi Muhammad Amirol Aideed Muhd Arshad (minit ke-38) dan Mohammad Shafiq Abdullah pada minit ke-45.

Ketika perlawanan hampir menuju kedudukan seri, Mohammad Syamin berjaya mengegar gawang Pulau Pinang menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulanĀ reverseĀ pada minit ke-49 untuk memastikan tiga mata milik Kuala Lumpur.Ā 

Ketua pasukan Kuala Lumpur Amirol Aideed Muhd Arshad: ā€œAlhamdullilah menang, tetapi agak terkilan kerana sepatutnya perlawanan ini mudah buat kami. Kami terpaksa kerja keras sebelum dapat mencatat kemenangan, ikut arahan taktikal jurulatih dan akhirnya berjaya cari gol kemenangan.ā€Ā Ā 

Dalam pada itu,Ā ATMĀ memulakan kempen dengan kemenangan selesaĀ 3-1Ā ke atasĀ KelantanĀ untuk membuka peluang mara ke peringkat seterusnya.Ā 

ATM terpaksa menunggu sehingga minit ke-37 sebelum membuka jaringan menerusi Mohamad Sufian Masrom sebelum Muhamad Luqman Fauzi menyentap kegembiraan ATM menerusi gol pada minit 40 buat Kelantan.Ā 

Begitu pun, ATM bangkit kembali untuk menguasai perlawananĀ Ā dan memastikan tiga mata penuh menerusi ledakan gol Muhammad Irfan Haiqal Abdul Rahim (minit ke-47) dan Mohd Yazid Yahya seminit sebelum perlawanan tamat.Ā Ā 

 

JADUAL PERLAWANAN (Jumaat, 12/11/21)Ā 

LELAKI

Kumpulan C (4.00 ptg)

NHS 1: ATM mln PahangĀ 

Kumpulan B (4.00 ptg)Ā 

NHS 2: Negeri Sembilan mln PerlisĀ 

Kumpulan A (6.00 ptg)Ā 

NHS 1: Perak mln PDRM

NHS 2: Sabah mln Selangor

- Advertisement -