Berikut adalah senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Malayan Tigress, Joel Cornelli bagi menyertai kem latihan pusat bermula Ahad, 28 Jun 2026 sebagai persiapan menghadapi Piala Wanita AFF 2026 di Kuala Lumpur, Malaysia. 

NoNamaUmurKelab 
1.Asma Junaidi34Sabah FA
2.Juliana Barek24Sabah FA
3.Siti Nurfaizah Saidin24Sabah FA
4.Henrietta Justine24Sabah FA
5.Dian Aqilah Mohammed Imran19Sabah FA
6.Nur Adrienna Zamzaihiri22Sabah FA
7.Steffi Sarge Kaur38Sabah FA
8.Jaciah Jumilis35Sabah FA
9.Rosdianah Adeline Jerus25Sabah FA
10Nur Amirah Abdul Rahman22Selangor FC
11.Eusvewana Kadius21Selangor FC
12.Nurhadfina Mohd Firdaus22Selangor FC
13.Nur Ainsyah Murad23Selangor FC
14.Nur Najwa Irdina Zaidi20Selangor FC
15.S. Thivashini20Selangor FC
16.Siti Zahirah Athirah Idris21Selangor FC
17.Daiyana Wardina Mohd Rosdi21Selangor FC
18.Nur Lyana Soberi27Kelana United FC
19.Nur Dhiyaa Addin Mohd Azhari20Kelana United FC
20.Nur Fazira Muhamad Sani25Kelana United FC
21.Nur Syafiqah Zainal Abidin25Kelana United FC
22.Putri Aina Husna Mohd Subri15Havana FC
23.Keisha Adeliena Muhammad Khalid15Havana FC
24.Nur Laila Syamila A Rahim16SSS Leopard FC
25.Tegen Su-Yin Butler18USA

Daripada senarai 25 pemain ini, Joel telah mengekalkan 19 pemain daripada 23 pemain yang telah dibawa ke Amman, Jordan untuk dua siri perlawanan antarabangsa Tier 1 pada 3 dan 6 Jun lalu.

Seterusnya hanya 23 pemain akan dipilih untuk berada senarai akhir bagi menghadapi Piala Wanita AFF 2026.

Bagi saingan Piala Wanita AFF 2026, Joel akan dibantu oleh dua penolong ketua jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff dan Leila Chua bersama jurulatih penjaga gol, Zaidi Zainol; jurulatih kecergasan, Amirulnizar Zulkefli; juru analisis, Hazwan Nizam; pengurus pasukan, K.Priya Satiananthan; fisioterapis, Shohaili Mansor dan kitman, Amirul Husin. 

Edisi kedua Piala Wanita AFF 2026 ini akan berlangsung buat julung-julung kalinya Malaysia selaku tuan rumah bermula 10 hingga 22 Julai ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. 

Skuad Malayan Tigress telah diundi dalam Kumpulan A bersama Laos dan Singapura manakala manakala Kumpulan B pula membariskan Indonesia, Kemboja dan Timor-Leste.

Malaysia akan bertemu Laos pada Jumaat, 10 Julai 2026 dan Singapura pada Khamis, 16 Julai 2026 di mana dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke Semi Final pada Ahad, 19 Julai 2026. 

Manakala Final dan Tempat Ke-3 dijadualkan berlangsung pada Rabu, 22 Julai 2026.  Tiga pasukan teratas bagi Piala Wanita AFF 2026 akan mara ke Kejuaraan Wanita AFF bersama lima pasukan lain iaitu Australia, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Filipina. 

- Advertisement -