
Persaingan hari kedua Kejohanan Golf 100PLUS MGA National Junior Development Programme (NJDP) – Pusingan Pertama di Kelab Golf Kinrara terus menyaksikan Andrew Yap, dan Amirah Nur Hanania Afanizam yang mengekalkan status sebagai pendahulu keseluruhan selepas melengkapkan tamat dua pusingan hari ini.
Selepas mencatat 68 pukulan pada hari pertama, permainan Andrew sedikit goyah apabila merekodkan 74 pukulan tiga di atas par (+3) pada pusingan kedua, namun tetap lega apabila kekal sebagai pendahulu kategori lelaki dengan catatan terkumpul par 142 pukulan.
“Putting saya tidak baik hari ini. Walaupun hujan tetapi keadaan lapangan tetap baik dan pukulan saya juga tidak berada di kedudukan yag sepatutnya.
“Keadaan cuaca tidak menjejaskan permainan saya. Sudah tentu saya perlu mengubah cara permainan da strategi untuk capai keputusan yang baik esok,”kata Andrew Yap
Dibelakang Andrew Yap, Jarvis Liew Zun Xin yang bergelut pada hari kedua sebelum menutup saingan dengan 77 pukulan enam di atas par (+6) untuk mengumpul 149 pukulan tujuh di atas par (+7).
Manakala Nathan Wong ditangga ketiga bagi kategori lelaki dengan catatan terkumpul selepas bermain 36 lubang, 151 pukulan Sembilan di atas par (+9).
Dalam kategori wanita, Amirah Nur Hanania Afanizam muncul pemain terbaik apabila menamatkan dua pusingan dengan 148 pukulan (+6).
Beliau memperbaiki prestasi hari pertama apabila mencatat 73 pukulan satu di atas par (+1) hari ini.
“Diawal permainan putting saya dalam keadaan baik tetapi ketika di lima lubang terakhir percaturan serba tidak menjadi dan gagal bermain dengan baik.
“Saya tidak terlalu memikirkan tentang kedudukan semasa tetapi gembira dapat kekalkan posisi pertama,”kata Amirah.
Amirah bagaimanapun hanya berkelebihan dua pukulan di belakang Nurlyana Yasmin Ruzkinain yang menutup hari kedua dengan 74 pukulan tiga di atas par (+3) untuk mengumpul 150 pukulan lapan di atas par (+8) sementara tiga pemain, Deepikaa Ganesan, Adrianna Prewa Sim, Choi Quinn-Cie berkongsi kedudukan ketiga dengan 10 di atas par (+10) keseluruhan.
Kejohanan yang dianjurkan di Kelab Golf Kinrara, Puchong, Selangor ini menghimpunkan 76 pemain-pemain muda terbaik lelaki dan perempuan negara menerusi Program Pembangunan Golf Remaja Kebangsaan (NJDP) dengan sokongan 100PLUS sebagai penaja utama.
Kejohanan ini menawarkan tiga pusingan dimana selepas Kelab Golf Kinrara, Pusingan Kedua dijadual berlangsung di Kelab Golf Permai Pura Sungai Petani, Kedah pada 10-13 Oktober disusuli Kelab Golf A Famosa, Melaka akan menjadi venue bagi Pusingan Ketiga bermula 7-10 September dan Pusingan Akhir berlangsung di Kelab Golf The Mines, Seri Kembangan, Selangor dari 27 hingga 30 Oktober.
Kejohanan Golf 100PLUS Persatuan Golf Malaysia (MGA) Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) menjadi platform buat 30 pemain yang menunjukkan prestasi dan keputusan yang memberansangkan terpilih ke Kejohanan Terbuka Antarabangsa Remaja Malaysia (Malaysia Junior International Open) yang akan berlangsung pada November tahun ini.
Keputusan Hari Pertama Pusingan Pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
Kedudukan Keseluruhan Pemain Selepas Hari Kedua
1 ANDREW YAP 68 74 142 +3
2 AMIRAH NUR HANANIA AFANIZAM 75 73 148 +6
3 JARVIS LIEW ZUN XIN 72 77 149 +7
4 NURLYANA YASMIN RUZKINAIN 76 74 150 +8
5 NATHAN WONG 76 75 151 +9
6 DEEPIKAA GANESAN 77 75 152 +10
7 ADRIANNA PREWA SIM 77 75 152 +10
8 CHOI QUINN-CIE 78 74 152 +10
9 MARUTO ARAMOTO 77 76 153 +11
10 0CHLOE LEE XIAN YING 75 78 153 +11




























