Meskipun tewas dalam aksi kompetitif pertama selepas memegang tugas selaku Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan,  A. Arulselvaraj tidak menunding jari kepada mana mana mana pihak diatas kekalahan ke atas Jepun dalam aksi persahabatan antarabangsa tiga penjuru di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Beraksi ketika dibulan puasa, Arulselvaraj memuji pemain pemain yang mengikuti perancangan yang telah ditetapkan, malah menampilkan aksi bertenaga serta mempamerkan usaha tinggi untuk mencabar Jepun

Beliau akan memberi tumpuan kepada corak bertahan individu selain memastikan pemain pemain mendapat rehat yang secukupnya sebelum turun menentang Great Britain.

Perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan tiga negara, Great Britain, Jepun dan Malaysia dimana kesemua perlawanan dilangsungkan secara gelembung sukan tanpa melibatkan kehadiran penonton dan tertutup.

Jepun menewaskan Malaysia 3-0 hasil jaringan Hirotaka Zendana, Kota Watanabe dan Ryosei Kato.

 

- Advertisement -