Menteri Belia dan Sukan Brig Jeneral Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan venue bagi sukan memanah akan diadakan di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil).

Dengan baki masa 87 hari sahaja lagi sebelum temasya dwi tahunan, Suakn SEA ke 29 bermula secara rasmi, keputusan perlu dibuat dengan kadar segera.

“Dataran Merdeka akan digunakan untuk sambutan hari Kebangsaan, jadi tidak cukup masa untuk kita lakukan persiapan, keputusannya kita akan buat di Majlis Sukan NEGara (MSN).

“Saya mahu sukan memanah dijalankan di Dataran Merdeka supaya orang ramai dapat datang dan tengok, tetapi jadual bertindih dengan Hari Kebangsaan,”Kata YB Khairy.

Selain Majlis Sukan Negara, venue cadangan bagi sukan memanah adalah di Universiti Islam Malaysia (USIM) di Nilai.

Sukan memanah dijadual berlangsung dari 16 hingga 22 Ogos dan menawarkan 10 pingat emas bagi acara individu dan berpasukan. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -