Aksi pembukaan peringkat kumpulan A di antara Malaysia dan Tajikistan menyaksikan skuad kendalian Lim Teong Kim selesa mendahului 3-0.

Watak penting skuad Harimau Muda sepanjang 45 minit pertama menjadi milik penyerang, Luqman Hakim Shamsudin yang mencetak dua gol sepanjang babak pertama berlangsung.

Gol pertama hadir di minit ke 30 selepas Luqman bijak menyudahkan hantaran rakan sepasukan Muhd Najmudin Akmal.

Derita Tajukistan bertambah apabila penjaga gol, Khasanov Mukhriddin menjatuhkan Luqman sekaligus menghadiahkan penalti untuk Malaysia.

Najmudin mudah menewaskan Khasanov untuk Malaysia mendahului 2-0 di minit ke 33 sebelum Luqman menambah koleksi gol untuk Malaysia di minit 42.

- Advertisement -