Harapan tetap ada untuk skuad bawah 16 tahun negara menjelang aksi terakhir kumpulan A petang esok menentang Jepun untuk sekurang kurangnya menduduki tangga kedua sekaligus melangkah ke peringkat suku akhir.

Sedia maklum, skuad kendalian Lim Teong Kim memerlukan kemenangan untuk meneruskan misi memburu kelayakan ke Piala Dunia 2019 bawah 17 di Peru.

“Kita akan memburu kemenangan kerana tiada jalan lain. Kita akan bermain seperti mana kebiasaan sebelum ini dengan pasukan pasukan lain .

Bagi Teong Kim, kehilangan Luqman Hakim yang dibuang padang ketika aksi menentang Thailand bukan satu masalah kerana Malaysia mempunyai penyerang yang mampu menggalas tugas dibahagian serangan.

Malah, bagi pengendali bekas akademi Bayern Munich itu, peluang masih terbuka untuk semua pasukan bagi saingan kumpulan A.

Malaysia menduduki tangga ketiga, berkongsi tiga mata dengan Thailand yang berada di kedudukan kedua sementara Jepun dikedudukan teratas dengan empat mata manakala Tajikistan ditangga tercorot dengan satu mata.

“Serupa ketika bermain tanpa Sikh Izhan, kita akan gunakan pemain penyerang yang lain untuk menggantikan Luqman, tidak ada perbezaan.

“Dalam kumpulan kita semua pasukan masih berpeluang untuk layak ke pusingan suku akhir. Jika mahu ke suku akhir, kita perlu menang,”katanya lagi. KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -