Selepas tidak diturunkan ketika Malaysia menentang Thailand, Sikh Izhan tidak rela gawangnya dibocori apatah lagi memberi peluang kepada Jepun untuk mencetak gol. 

Sikh Izhan mencuri tumpuan ketika aksi pembukaan kumpulan A apabila mempamer aksi mantap selaku penjaga gol ketika membantu Malaysia membenam Tajikistan 6-2.

Namun, beliau dikeluarkan kerana dilayangkan kad merah dipenghujung perlawanan sekaligus terpaksa menahan kekecewaan apabila melihat rakan rakan tumpas 2-4 kepada Thailand.

 

 

Dalam pada itu kapten skuad bawah 16 tahun negara, Muhd Hariz Mansor mengharapkan rakan rakan yang akan diturunkan petang esok memberikan komitmen sepenuhnya untuk memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia.

“Sudah empat tahun kami melakukan persiapan untuk kejohanan ini. Bagi saya taktikal dan teknik mereka (Jepun) sangat baik, justeru kami perlu berikan perhatian dan bersedia sepenuhnya.

“Kami tetap hormat mereka (Jepun) walaupun seri dengan Tajikistan. Hanya hormat diluar padang, didalam padang adalah cerita yang berbeza,”kata Hariz. KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -