Undian Piala Suzuki AFF 2020 menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan B yang boleh dianggap sebagai kumpulan ‘seimbang’.

Selain Malaysia kendalian Tan Cheng Hoe, turut diundi dalam kumpulan B adalah juara bertahan, Vietnam selain Indonesia, Kemboja dan Laos.

Sementara kumpulan A menyaksikan juara lima kali Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura dan pemenang pusingan kelayakan samada Timor Leste atau Brunei Darussalam.

Saingan peringkat kumpulan akan menggunakan format seperti 2018 iaitu ‘home-and-away’. Dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir dan akan beraksi secara timbal balik.

Malaysia muncul naib juara pada edisi 2018 dimana Harimau Malaya tewas 2-3 di tangan Vietnam yang merangkul kejuaraan kedua.

Tan Cheng Hoe yang ditemuramah selepas majlis undian oleh Astro Arena menjelaskan, undian adalah seimbang dan peluang untuk semua pasukan adalah samarata.

“Saya rasa agak seimbang, jika kita tengok Kumpulan B, kita tahu Vietnam adalah pasukan favourite kerana juara 2018 dan Indonesia juga antara pasukan pilihan.

Kemboja bukan pasukan yang mudah untuk kita menang pada 2018, begitu juga dengan Laos yang tidak mudah untuk ditundukkan dan kita tidak boleh ambil ringan,”kata CHeng Hoe 

Aksi peringkat kumpulan dijadual berlangsung pada Disember 2021 selepas terpaksa ditunda daripada jadual asal, 23-31 Disember 2021 susulan penularan Covid 19 di negara negara di Asia Tenggara.

- Advertisement -