Photo – SPORTSFIVE

Pasukan bawah 23 tahun negara ditunjukkan jalan pulang kembali ke tanah air selepas skuad kendalian Brad Maloney tersingkir dalam saingan Kejohanan bolasepak AFF Bawah 23 tahun yang berlangsung di Kemboja.

Malaysia tewas 2-0 kepada Laos pada perlawanan kedua peringkat kumpulan B sekaligus gagal meraih mata dan tersingkir daripada meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir.

Perlawanan menentang Laos diadakan dua kali selepas dua pasukan, Myanmar dan Indonesia menarik diri susulan penularan wabak Covid 19.

Laos memecah kebuntuan dua minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi jaringan Bounpachan Bounkong sebelum Soukshakhone Bouaphaivanh menutup pintu untuk skuad Harimau Malaya untuk ke separuh akhir.

Hanya juara bagi kumpulan A, B dan C serta satu pasukan terbaik di tangga kedua layak beraksi di pusingan separuh akhir.

Terdahulu, Malaysia kecundang 1-2 di tangan Laos pada aksi pembukaan kumpulan B yang berlangsung pada Jumaat.

- Advertisement -