Affendi Rosli, PETRONAS Yamaha CKJ

Mohd Affendi Rosli menanam tekad untuk menamatkan penguasaan jentera Honda di Litar Batu kawan menjelang saingan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung pada 11 dan 12 April ini.

Jentera Honda jelas menguasai litar Batu Kawan sepanjang beberapa musim lepas dengan dua kemenangan berturut-turut melalui dua pelumba yang kini beralih ke saingan Moto2 Kejuaraan GP Dunia, Azlan Shah Kamaruzaman pada tahun 2013 dan Mohd Zaqhwan Zaidi pada tahun 2014.

Kali terakhir pelumba yang menggunakan jentera Yamaha memenangi saingan di Batu Kawan ialah pada tahun 2012 melalui Mohd Zamri Baba yang kini telah beralih ke pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing.

Malah semangat pelumba PETRONAS Yamaha CKJ itu turut membara untuk menebus kegagalan yang dialami sewaktu pusingan pertama di Temerloh setelah terpaksa menarik diri seawal pusingan kedua pada perlumbaan akhir akibat masalah teknikal jentera.

Prestasi serupa dialami rakan sepasukan Affendi, Ahmad Afif amran apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 manakala pelumba baru pasukan, Mohd Fitri Ashraff Razali menunjukkan prestasi baik apabila berjaya menempatkan diri di kelompok 10 pelumba yang layak ke Superpole.

“Permulaan kami tidak begitu baik pada musim ini,” jelas Affendi.

“Jentera kami tidak berada pada tahap terbaik ketika sesi kelayakan sehingga kami gagal melayakkan diri ke Superpole. Kami bermula dari barisan belakang dan sukar untuk memberikan saingan untuk mengejar pelumba di hadapan. Meskipun mencuba, namun keadaan lebih teruk apabila jentera saya mengalami kerosakan seawal pusingan kedua,” tambahnya.

“Perlumbaan di Temerloh sangat mengecewakan, bukan sahaja kepada saya, malah kepada pasukan juga. Namun begitu, kami perlu melupakan kegagalan tersebut dan perlu bangkit di Batu Kawan minggu ini. Mudah-mudahan kami tidak mengulangi kesilapan di Temerloh. Pada masa sama, saya juga sukakan bentuk litar di Batu Kawan dan berharap dapat menyekat penguasaan Honda dari mencipta kemenangan hatrik di sana.”

 

AFFENDI SEEKS TO CONQUER HONDA HAPPY HUNTING GROUND

 

PETRONAS Yamaha CKJ’s Mohd Affendi Rosli says he is determined to end Honda’s golden run in Round 2 of the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Stadium Batu Kawan in Penang this 11 and 12 April.

 

Honda has been unstoppable at the Batu Kawan track in recent years; with former Champions turned Moto2 riders, Azlan Shah Kamaruzaman and Mohd Zaqhwan Zaidi taking a victory each in 2013 and 2014 respectively.

 

The last time Yamaha won a race at the Penang venue was in 2012 through Mohd Zamri Baba who now rides for Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing.
Affendi’s resolve is further strengthen following a disastrous outing at Temerloh, Pahang last month that saw him retire from the race after two laps due to technical difficulties.

 

Teammates, Ahmad Afif Amran suffered similar fate to finish the race 12th while PETRONAS Yamaha CKj’s latest addition, Mohd Fitri Ashraff Razali impressed by qualifying for the SuperPole and secure a top-10 finish.

 

“We did not have the best of starts to the season,” said Affendi.

 

“At Temerloh we couldn’t get our machine together during practice and was ruled out from SuperPole. We started the race from the back of the grid and it was tough to fight back with such a huge disadvantage. I tried, but the bike malfunctioned after two laps,” he added.

 

“It was a disappointing race for the team as well but we’ve put it behind us. Right now we are focused about turning things around at Batu Kawan, a track that suits my riding style very well. Hopefully we can steer our campaign in the right direction and make up for the errors in Temerloh and stop Honda from securing a hat trick there.”

- Advertisement -