2016 celcom axiata Malaysia Open - logo W650xH230Oleh Ku Mohd Lufti

Bergu lelaki nombor dua dunia, Mohd Ahsan, Hendra Setiawan pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk melakar nama antara pasangan bergu lelaki yang Berjaya meraih gelaran juara dua kali berturut di Kejohanan Badminton Superseries Premium Terbuka Malaysia 2016.

Namun bergu dari Indonesia ini tidak mahu dibayangi dengan sasaran tersebut kerana perjalanan untuk ke final masih jauh selain tidak mahu menjejaskan fokus ketika di gelanggang.

“Kami tidak mahu terlalu memikirkan perlawanan yang akan datang. Kami mahu fokus satu per satu dahulu. Tiada latihan tambahan yang kami lakukan sebelum beraksi di kejohanan ini,” kata Hendra Setiawan.

Mengulas tentang seteru utama mereka, Lee Yong Dae, Yong Yoo Song yang juga bergu nombor satu dunia ketika ini, Mohamad Ahsan mengakui naib juara 2015 itu semakin kuat dan mungkin menjadi penghalang mereka.

“Kami belum menonton perlawanan mereka ( lee Yong Dae, Yong Yoo Song). Apa yang pasti, kami tahu mereka semakin kuat. Tetapi perjalanan masih lagi jauh, apa sahaja boleh berlaku,” kata Mohamad Ahsan.

Pusingan pertama hari ini, gandingan Ahsan dan Hendra dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan China, Li Junhui, Li Yuchen 21-17, 21-17.

Untuk rekod, Hendra Setiawan dan Mohamad Ahsan telahpun menjuarai Terbuka Malaysia dalam kategori bergu lelaki sebanyak dua kali, pada 2013 dan 2015.

- Advertisement -