Aiden Tai John Robert dan Ngo Yi Belle terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu selepas tamat hari kedua saingan Kejuaraan golf 100PLUS Srixon 2024 Pusingan pertama yang berlangsung di Kelab Golf Templer Park, Rawang hari ini.

Permainan Aiden nyata lebih kemas berbanding hari pertama semalam bermula dengan dua birdie dan dua bogey di sembilan lubang pertama. Namun beliau semakin selesa meskipun beraksi di bawah terik matahari dengan dua lagi birdie di lubang 10 dan 13 serta bogey dilubang 16 untuk menutup jari kedua dengan 71 pukulan 1 dibawah par.

Selepas beraksi 36 lubang, Aiden Tai mengumpul 143 pukulan 1 dibawah par untuk mendahului saingan denganm kelebihan dua pukulan didepan Lim Hao Yu.

“Hari ini lebih baik berbanding semalam, walaupun saya berjaya catat birdie tetapi akan lakukan bogey selepas itu. Saya sedikit bergelut dengan ‘putting’ semalam dan hari ini segalanya lebih baik.

“Dia (Lim Hao Yu) pastinya akan mengejar saya dan beliau bermain dengan baik kerana saya bermain bersama Hao Yu dua hari ini. Saya berharap permainan esok mengikut apa yang telah dirancang,” kata Aiden.

Lim Hao Yu turut memperbaiki catatan hari ini berbanding semalam apabila mengumpul par 72 untuk catatan keseluruhan selepas dua pusingan, 145 pukulan 1 di atas par.

Tangga ketiga pula milik Ammer Aiman Mohd Fauzi yang mengumpul 148 pukulan 4 di atas par keseluruhan.

Bagi saingan perempuan. Ngo Yi Belle terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu selepas mengumpul 158 pukulan 14 di atas par keseluruhan.

Hari kedua tampak tidak begitu baik buat Belle apabila membenam 9 bogey untuk menutup saingan dengan 81 pukulan 9 di atas par.

“Hari ini keputusan yang tidak baik dan saya tidak gembira berbanding hari semalam kerana ‘putting’ saya ketika di green banyak yang tersasar.

“Saya sedar persaingan semakin sengit kerana apa sahaja boleh berlaku dan sudah tentu saya akan bersedia denga napa sahaja keadaan esok,”kata Belle.

Mengekori Ngo Yi Belle dengan perbezaan empat pukulan, Tan Ying Ying yang memperbaiki catatan berbanding hari pertama semalam dengan 80 pukulan 8 di atas par untuk mengumpul 162 pukulan keseluruhan.

Kejuaraan Golf Remaja 100PLUS Srixon 2024 Pusingan Pertama bermula dari 7 hingga 9 Mei 2024 menghimpukan 80 pemain lelaki dan perempuan

Manakala pusingan kedua dijadual berlangsung di Kelab Golf Miri, Sarawak pada 11 hingga 13 Jun depan.

KEPUTUSAN

LELAKI

AIDEN TAI JOHN ROBERTS 72 – 71 143

LIM HAO YU  73 – 72  145

AMMER AIMAN MOHD FAUZI  74 – 74  148

AMMAR AIMAN MOHD FAUZI  75 – 75  150

MUHD ADIF HAIKAL MD HAZAN  79 – 72  151

PEREMPUAN

NGO YI BELLE  77 – 81  158

TAN YING YING  82 – 80   162

NIK ALICIA MIRIAM KAMIL NIK FAIRUZ KAMIL  81 – 84  165

PUTRI NATASHA AMEERA ROSLEE  85 – 81  166

NUR SAKINAH RIDZWAN WOO  81 – 85  166

- Advertisement -