Perlawanan bolasepak peringkat akhir bagi penentuan pingat emas di antara Malaysia dan juara bertahan, Thailand sah akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Keputusan dibuat selepas Mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Lokman Hakim Ali di Hotel Hilton Petaling Jaya, pagi tadi.

Turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA 2017 antara Malaysia menentang Thailand dijadual berlangsung pada Selasa, 29 Ogos, jam 8.45 malam.

Manakala harga tiket bagi perlawanan akhir  adalah RM21.20 (termasuk GST).

Sementara itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia lwn Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Selasa, 29 Ogos, sepak mula jam 4.30 petang.

 

- Advertisement -