Perjuangan kem badminton negara di Piala Thomas masih menyala selepas mengesahkan slot ke separuh apabila membenam cabaran Jepun 3-1.

Malaysia yang muncul naib juara kumpulan D diundi menentang Jepun diperingkat suku akhir nyata mempamer aksi yang cukup memberansangkan.

Perseorangan lelaki, Lee Zii Jia nyata tidak berdepan masalah untuk menundukkan Kenta Noshimoto dalam aksi straight set 21-13, 21-3 namun kapten Piala Thomas negara, Soh Wooi Yik yang bergandingan dengan Aaron Chia gagal untuk menggandakan keceriaan kem negara apabila tunduk di tangan Takuro Hoki – Yugo Kobayashi dalam aksi tiga set 21-18, 14-21, 19-21.

Kelibat Leong Jun Hao nyata lebih tenang meskipun berdepan pemaion yang berada di ranking ke 22 dunia, Koki Watanabe untuk melakar kemenangan straight set 21-13, 21-10 sekaligus kembali meletakkan Malaysia didepan 2-1.

Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani menjadi penentu samada Malaysia ke separuh akhir lebih awal atau terpaksa menanti keputusan pertemuan diantara Justin Hoh dan Kento Momota.

Perlawanan yang cukup getir dipamerkan Sze Fei dan Izzuddin ketika menentang Akira Koga – Taichi Sato dimana perlawanan agak seimbang dan hanya menanti lawan melakukan kesilapan untuk meraih mata.

Pertarungan selama 66 minit memihak Din-Fei yang melakar kemenangan dalam aksi tiga set 18-21, 21-15, 21-12 sekaligus memastikan Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas dengan keputusan 3-1.

Malaysia akan berdepan tuan rumah China, yang menundukkan juara bertahan, India 3-1.

- Advertisement -