Pix 3

Allianz Malaysia Berhad today launched the Allianz Pacer Run 2015 that will take place on 6 December 2015 at Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Chief Executive Officer of Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir said that Allianz is proud to present the event as it reflects the Company’s aspiration to encourage a healthier lifestyle amongst Malaysians.

“In Allianz, we believe the best assurance to a healthy life is to exercise and being active physically, hence, we hope the Allianz Pacer Run 2015 can inspire more people to start running. Running has proven to be the best exercise to build up core elements for mental and physical strengths,” he said.

Zakri also noted that the Allianz Pacer Run 2015 is a continuation of Allianz’s efforts to encourage people to lead a healthy lifestyle since the introduction of the Allianz Pacer Running Community in October 2013.

“Through Allianz Pacer Running Community, we have organised various fun runs, coaching clinics and other activities all year round to inspire people to start running by providing them fun and interesting environments with regards to running,” he added.

“We have also actively used the Allianz Pacer Facebook page to provide useful information and tips on all things related to running.”

Meanwhile, the Allianz Pacer Run 2015 will feature a total of six categories (five categories in 12km route and one for the 6km Fun Run). The 12KM categories consist of the Men’s Open, Women’s Open, Men’s Veteran, Women’s Veteran and Corporate Challenge.  There will be a total of 4,000 spots allocated across all the categories.

Registration fee is RM30 for the Fun Run and RM55 for all the 12km categories except for the Corporate Challenge, in which the fee is set at RM1,500 per team.

The Corporate Challenge enables an organisation to register any number of teams with each team consisting of a minimum of five and not more than 10 runners. The results will be tabulated based on the fastest overall timing of the five best runners of a team. All registration fees from the Corporate Challenge category will be channelled to Cheshire Home Selangor; a home for persons with disabilities. 

All participants who complete the run will be presented with a finisher’s medal and an e-certificate except for the Fun Run runners that will receive their certificates at the finish line.

For those who are interested, please log on to www.facebook.com/AllianzPacer or www.hooha.asia from 10 July until 9 August to register for the Allianz Pacer Run 2015.

 

Allianz Malaysia melancarkan Allianz Pacer Run 2015

Allianz Malaysia Berhad hari ini melancarkan Allianz Pacer Run 2015 yang akan berlangsung pada 6 Disember 2015 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir berkata Allianz amat berbangga menganjurkan acara itu kerana ia mencerminkan aspirasi Syarikat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia.

“Di Allianz, kami percaya jaminan terbaik bagi kehidupan yang sihat adalah dengan menjalankan kegiatan fizikal secara aktif, justeru, kami berharap Allianz Pacer Run 2015 dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mula menjalankan aktiviti berlari. Larian terbukti merupakan senaman yang terbaik untuk membina unsur-unsur teras kekuatan mental dan fizikal, ” katanya.

 Zakri juga menyatakan bahawa Allianz Pacer Run 2015 adalah sebahagian daripada usaha Allianz untuk menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat sejak pengenalan Allianz Pacer Running Community pada bulan Oktober 2013.

“Melalui Allianz Pacer Running Community, kami telah menganjurkan pelbagai acara larian ‘fun run’, klinik latihan dan aktiviti-aktiviti lain sepanjang tahun untuk memberi inspirasi kepada orang ramai memulakan aktiviti berlari dengan menyediakan persekitaran yang menyeronokkan dan menarik,” ulas Zakri.

 “Kami juga secara aktif menggunakan halaman Facebook Allianz Pacer untuk memberikan maklumat dan tips yang berguna mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti larian.”

Sementara itu, Allianz Pacer Run 2015 akan menampilkan sebanyak enam kategori (lima kategori dalam laluan 12km dan satu kategori 6km “Fun Run”). Kategori 12km  terdiri daripada Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Veteran, Wanita Veteran dan Cabaran Korporat. Terdapat sejumlah 4,000 penyertaaan disediakan di semua kategori.

Yuran pendaftaran untuk kategori “Fun Run” adalah RM30 dan RM55 bagi semua kategori 12km kecuali acara Cabaran Korporat, dimana bayaran yang ditetapkan ialah RM1,500 setiap pasukan.

Kategori Cabaran Korporat membolehkan mana-mana organisasi mendaftar seberapa banyak pasukan tanpa had asalkan mereka mendaftarkan sekurang-kurangnya lima orang dan tidak melebihi 10 orang pelari setiap pasukan.

Keputusan akan diambil kira berdasarkan masa terpantas keseluruhan daripada lima pelari terbaik setiap pasukan. Semua yuran pendaftaran dari kategori Cabaran Korporat akan disalurkan kepada Cheshire Home Selangor; rumah kebajikan orang kurang upaya.

Semua peserta yang menamatkan larian akan diberikan finisher’s medal  dan e-sijil kecuali peserta “Fun Run” yang akan menerima sijil mereka di garisan penamat.

Mereka yang berminat boleh melayari laman www.facebook.com/AllianzPacer atau www.hooha.asia mulai 10 Julai hingga 9 Ogos untuk mendaftar dalam Allianz Pacer Run 2015.

- Advertisement -