Di atas perjuangan Almarhum Sultan Ahmad Shah yang cukup sinonim dalam sukan bolasepak di Malaysia menjadi matlamat kerajaan untuk mencadangkan dan menamakannya di Soccer City yang terletak di Putrajaya.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, projek Soccer City diilhamkan oleh Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika menduduki kerus nombor satu badan induk bolasepak negara, FAM.

Tan Sri Annuar Musa yang menjadi Timbalan Presiden FAM ketika itu mahu tiga badan organisasi bolasepak, FAM, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dipindahkan ke Putrajaya.

Justeru, beliau berpendapat nama yang sesuai, samada “Jadi saya fikir wajar untuk menamakannya sebagai ‘Sultan Ahmad Shah Soccer City’ atau ‘Sultan Ahmad Shah Soccer and Sports City’.

Malah, Tan Sri Annuar Musa akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin depan untuk merafak sembah pohon perkenan menggunakan nama Almarhum Paduka Ayahandanya secara rasmi.

Terdahulu, Annuar dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menyaksikan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim, bertukar dokumen dengan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, dan Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John.

Pembangunan ‘Soccer City’ Putrajaya dengan keluasan 42.43 ekar (lebih 17 hektar) di Presint 5 melibatkan pembangunan sebuah stadium bola sepak berkapasiti 10,000 penonton milik AFC, ibu pejabat FAM serta pusat latihan bola sepak kebangsaan dan ibu pejabat AFF dengan kos perbelanjaan lebih RM500 juta.

Tambahnya lagi, AFC sedia membelanjakan sekitar USD100 juta (kira-kira RM426 juta) untuk pembinaan stadium itu, manakala Pusat Latihan Harimau Malaya yang menelan kos RM45 juta, memerlukan peruntukan daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Peminat sukan bolasepak juga tidak ketinggalan, kerana empat padang bola sepak komuniti dan kemudahan-kemudahan lain akan turut dibina di kawasan berhampiran.

Kesemua kemudahan ini dijangka siap secara berperingkat dalam masa tiga tahun lagi, iaitu pada 2023. Bangunan pejabat AFF telah siap, tinggal fasa kedua melibatkan bangunan kondominium.

 

- Advertisement -