sea_games_2017Oleh Ku Mohd Lufti

Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengesahkan catur antara 16 sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Para ASEAN ke 9 tahun depan.

Kemasukan sukan catir bermakna pelayaran yang dimasukkan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) digugurkan.

Menerusi kenyataan media, Presiden APSF, Mejar Jeneral Osoth Bhavilai keputusan ini dicapai selepas mendapat persetujuan daripada pihaknya dan Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA ke 29 (MASOC) yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Osoth dan Setiausaha Agung Charnvit Munikanond mengetuai delegasi APSF, manakala MASOC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zolkples Embong dan Pengerusi Teknikal, John Ng, yang juga Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Catur, dianggap antara sukan popular dalam kalangan golongan Paralimpik ASEAN dan disenaraikan berdasarkan kepada dapatan Pernyataan Minat (EOI) yang dijalankan APSF.

Sukan Para ASEAN 2017 dijangka menampilkan lebih 350 acara, dengan penyertaan kira-kira 3,000 atlet dan pegawai daripada kesemua 11 negara ASEAN termasuk Timor Leste.

Acara dan disiplin bagi setiap sukan yang bakal dipertandingkan akan dimuktamadkan pada tarikh kemudian selepas perbincangan dengan Persekutuan Antarabangsa (IFs) dan Delegasi Teknikal sukan-sukan berkenaan.

- Advertisement -