SuperSports 600cc race at the Autopolis Circuit in Japan

The FIM Asia Road Racing Championship is set to kick off its highly anticipated 20th season as the championship promoter released its 2015 race calendar that will see six rounds take place in five countries across Asia with Japan no longer hosting two rounds.

Sticking to traditions, the opening round takes place at Sepang, Malaysia (April 16-19) followed by the Sentul Circuit in Indonesia (June 4-7) with the mid-season round hosted in Japan at the historical Suzuka Circuit (August 27-30).

The only revision to the race calendar is that the Thailand and Qatar round have been switched around in the second half of the season. FIA-grade approved Buriram Circuit that held the penultimate round in 2014 will now stage the fourth and final round from the 27 to 30 August and second to sixth December respectively. 

Meanwhile the floodlit Losail Circuit in Doha, Qatar that held the grand finale for the past five seasons will now host the penultimate round (September 30 – October 3).

 

Provisional 2015 FIM Asia Road Racing Championship Race Calendar 

Official pre-season test – 1 to 3 April

Round 1, Sepang, Malaysia – 16 to 19 April

Round 2, Sentul, Indonesia – 4 to 7 June

Round 3, Japan – 1 to 5 July

Round 4, Buriram, Thailand  – 27-30 August

Round 5, Losail, Qatar – 30 September to 3 October

Round 6, Buriram, Thailan – 2 to 6 December

 

About the FIM Asia Road Racing Championship

Begun in 1996, the Asia Road Racing Championship has been bringing Asian motorcycle champions together onto the same platform for the past 20 seasons.

Years of evolution have seen the Championship changing with the times. Today, the Asia Road Racing Championship races on a wide spectrum of production bikes ranging from the SuperSports 600cc, to the newly introduced 250cc open-make class, and the open-make Underbone 130cc bikes which is a unique heritage of South East Asian motorcycle racing. Added to the roster of open-make categories are two single-make developmental projects – Honda’s Asia Dream Cup that will be running into its fourth season in 2015 and the latest introduction to the ARRC format, the Suzuki Asia Challenge.

The objective of the Asia Road Racing Championship has remained constant in its 20-year history – to provide a stepping-stone for national champions to move up to the next level of racing.

Almost every rider in the Championship comes with an impressive resume of achievements and they come to measure their worth against that of their peers, all in the hopes of honing their skills in order to proceed to the world stage.

 

PENGUMUMAN KALENDAR ARRC 2015

Kehangatan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) bakal bermula apabila pihak penganjur mengumumkan enam venue perlumbaan dari lima negara akan menjadi hos perlumbaan untuk musim 2015 yang juga merupakan musim ke-20 penganjuran ARRC sejak tahun 1996.

Bakal menyaksikan sedikit perubahan pada musim ini di mana Jepun tidak lagi menjadi hos kepada dua pusingan perlumbaan seperti kebiasaan sebaliknya menyaksikan litar yang baharu dimasukkan ke kalendar kejuaraan, Litar Antarabangsa Buriram di Thailand akan menjadi gelanggang perlumbaan bagi pusingan keempat (27 hingga 30 Ogos) dan pusingan terakhir (4 hingga 6 Disember).

Seperti tradisi kebiasaan, perlumbaan pembuka musim akan berlangsung di Malaysia, iaitu di Litar Antarabangsa Sepang pada 16 hingga 19 April diikuti Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia (4 hingga 7 Jun) sebelum kontinjen ARRC bertandang ke Litar Suzuka di Suzuka (1 hingga 5 Julai).

Perlumbaan malam tunggal di Litar Antarabangsa Losail, Qatar yang seringkali menjadi perlumbaan pusingan terakhir bakal beralih ke pusingan kelima iaitu pada 30 September hingga 3 Oktober.

 

Senarai Penuh Kalendar Kejuaraan Motosikal Asia FIM 2015 

Ujian Pra-Musim 1 hingga 3 April

Pusingan 1, Sepang, Malaysia – 16 hingga 19 April

Pusingan 2, Sentul, Indonesia – 4 hingga 7 Jun

Pusingan 3, Jepun – 1 hingga 5 Julai

Pusingan 4, Buriram, Thailand  – 27 hingga 30 Ogos

Pusingan 5, Losail, Qatar – 30 September hingga 3 Oktober

Pusingan 6, Buriram, Thailand – 4 hingga 6 Disember

 

Maklumat Kejuaraan Motosikal Asia FIM

Bermula pada tahun 1996, Kejuaraan Motosikal Asia FIM ini terus menjadi platform perlumbaan kepada pelumba-pelumba dan juara-juara dari seluruh Asia selama 20 tahun penganjuran hingga ke hari ini.

Selama tempoh tersebut, pelbagai perubahan telah dialami oleh kejuaraan ini. Pada hari ini, Kejuaraan Motosikal Asia merupakan perlumbaan utama melibatkan jentera pengeluar dari kelas SuperSports 600cc, kelas yang baharu diperkenalkan pada musim ini, kelas 250cc terbuka dan kelas Underbone 130cc yang merupakan perlumbaan unik dan identiti tersendiri bagi negara Asia Tenggara.

Menambahkan kerancakan kepada perlumbaan kelas terbuka, dua perlumbaan kelas biasiswa satu pengeluar khusus untuk program pembangunan turut dijalankan – Asia Dream Cup atas inisiatif pengeluar Honda yang memasuki musim keempat pada musim ini serta kelas yang baharu diperkenalkan pada musim 2015, Cabaran Suzuki Asia – anjuran pengeluar Suzuki.

Objektif utama Kejuaraan Motosikal Asia terus kekal sepanjang 20 tahun penganjuran – sebagai landasan bagi juara-juara di peringkat kebangsaan beraksi sebelum beraksi di peringkat lebih tinggi.

Kebanyakan pelumba yang beraksi dalam Kejuaraan ARRC mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang dan mereka hadir dengan misi untuk menguji kemahiran dan menimba pengalaman serta pendedahan berguna sebelum melangkah ke peringkat dunia.

- Advertisement -