Kindred-Spirit-Series-Poster-v2

Oleh Muhammad Aiman

Empat atlet olahraga wanita Malaysia bertandang ke Singapura untuk menyertai Kejohanan Trek dan Padang Club Zoom Kindred Spirit Series edisi sulung yang berlangsung selama sehari pada Sabtu dan mereka berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan satu perak.

Dalam aksi di Stadium Bishan, S.Komalam Shally memulakan kutipan emas buat Malaysia setelah melintasi garisan penamat dengan catatan masa 11.99s bagi meraih emas, mengatasi rakan senegara Siti Fatima Mohamed yang melakar 12.12s manakala atlet tuan rumah Shalina Fernando meraih pingat gangsa.

ā€œSaya sudah berusia 30 tahun, tapi saya akan terus menyertai pertandingan, mengambil bahagian dalam kejohanan tempatan atau antarabangsa kerana saya mahu membantu Malaysia memenangi pingat emas acara 4x100m di Sukan Sea Kuala Lumpur tahun depan,ā€ ujar Siti Fatima bekas juara kebangsaan.

Pingat emas kedua hadir menerusi Nurul Faizah Asma Mazlan, yang nyata terlalu unggul untuk disaingi oleh tujuh pelari lain dalam acara 400m ā€“ Nurul mencatat 56.62s, hampir lapan saat mengatasi pemenang pingat perak dari Singapura, Nur Hamizah Hamid (1:04.55s).

Yeap Sean Yee kemudiannya menyumbangkan emas ketiga Malaysia menerusi acara lompat tinggi membabitkan tiga atlet setelah melakukan lompatan 1.70m, namun rekod itu masih jauh dari rekod kebangsaan miliknya, 1.79m.

- Advertisement -