Juara bertahan, SMK Taman Desa memulakan musim Liga Bolasepak Piala Menteri Pendidikan 2026 Bawah 14 Tahun dengan rakan strategik 100PLUS langkah kanan selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI).

Perlawanan yang berlangsung di Padang Sintetik SSTMI, Bandar Penawar pada Sabtu menyaksikan jaringan pasukan pelawat oleh Mohamad Hadif Mursi Mohd Hafidz di minit 32 dan Muhd Shahin Amsyar Muhd Shafarizan di masa tamabahan selepas tamat 70 minit masa penuh untuk memastikan tiga mata pertama mejadi milik skuad kendalian Rodolfo Pereda Villa.

Kemenangan ini jelas memberi suntikan semangat buat anak didiknya untuk memastikan misi mempertahan kejuaraan dilandasan terbaik ditambah perubahan kalendar musim ini.

“Perlawanan kami perlahan di awal kerana ini adalah perlawanan pertama musim ini kerana pemain gemuruh dan bermotivasi. Perasaan ini adalah normal bukan sahaja untuk pemain bawah 14 tahun tetapi juga di peringkat professional.

“Saya beritahu pemain, kesilapan dalam setiap perlawanan adalah kesilapan besar dan hanya enam perlawanan dan sedikit mata untuk bersaing. Ini adalah standard kami (gelaran juara), jika kami tidak bersedia untuk itu, semuanya termasuk pegawai tidak layak untuk berada di JDT.,”kata Pereda Villa.

Kemenangan ini meletakkan SMK Taman Desa berkongsi 3 mata dalam kumpulan C bersama sama SMK Tun Hussein Onn yang mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Zaba hasil jaringan Tunggal Muhd Haikal Iqbal Mashuri.

Sementara itu, dalam saingan kumpulan B, SMK Seri Titiwangsa melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas  SMK Seksyen 11, Shah Alam.

Perlawanan yang berlangsung di Area Sukan Azman Hashim, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) menyaksikan Muhd Aqeef Izdiyad Norasmawi muncul wira SMK Seri Titiwangsa selepas menjaringkan gol di minit 37.

Pengendali SMK Seri Titiwangsa, Amir Ikhmal Zuhaimi nyata lega dengan kemenangan yang terhasil pada perlawanan pembukaan dan megharapkan momentum ini menjadi lebih baik.

“Tiga mata hari ini (Sabtu) bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan kerana ini adalah perlawanan pertama dan amat penting untuk pasukan mencorakkan permainan. Pujian kepada pemain pemain kerana menterjemahkan pemainan yang baik dari zon 1 hingga 4.

“Sasaran kami adalah untuk keluar daripada peringkat kumpulan sebagai juara dan berharap pemain pemain akan terus bermotivasi untuk muncul juara kumpulan,”kata Amik Ikhmal.

Kumpulan A pula di dominasi SMK Gunung Rapat menerusi perbezaan gol selepas meang 2-0 ke atas SMK Mergong  manakala SMK Shah Alam ditangga kedua susulan kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Syed Hassan.

Manakala kumpulan D diungguli Akademi Mokhtar Dahari Bawah 14 Tahun yang menang selesa 4-0 ke atas SMK Seberang Temerloh da turut berkongsi 3 mata dengan SMK Putera dan SMK Bukit Nenas selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing masing

Saingan Liga Bolasepak Piala Menteri Pendidikan 2026 menyaksikan kesemua 24 pasukan dipecahkan kepada empat kumpulan dan akan beraksi menggunakan format liga sepusingan.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir untuk merebut trofi Liga Piala Menteri Pendidikan 2026. 

TAMAT

Keputusan Perlawanan Minggu 1

Kumpulan A

SMK T. Anum T. Abdul Rahman ( 0 – 0 ) SMK Mutiara Impian

SMK Syed Hassan ( 0 – 1 ) SMK Shah Alam

SMK Gunung Rapat ( 2 – 0 ) SMK Mergong

Kumpulan B

SMK Seri Titiwangsa ( 1 – 0 ) SMK Seksyen 11

Kumpulan C

SSTMI ( 0 – 2 ) SMK Taman Desa Skudai

Akademi Mokhtar Dahari B13 ( 1 – 1 )  SMK Seri Kota

SMK Za’ba ( 0 – 1 ) SMK Tun Hussein Onn

Kumpulann D

SMK Bukit Nenas ( 1 – 0 ) SMK Ibrahim Fikri

SMK Putera ( 2 – 1 ) SMK Kampong Chengal

SMK Seberang Temerloh ( 0 – 4 ) Akademi Mokhtar Dahari B14

- Advertisement -