
Kejohanan ditetapkan di Stadium Juara dari 2S Ogos hingga 6 Sept
Pemain badminton remaja Malaysia pasti teruja apabila tarikh penganjuran Piala Lee Chong Wei (LCW Cup) yang dinanti-nantikan sebelum ini telah disahkan. Edisi sulung Piala LCW 2026 yang diiktiraf rasmi oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan berlangsung dari 29 Ogos hingga 6 September 2026 di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Para pemain muda yang berpotensi nyata teruja sejak pelancaran rasmi Piala LCW Cup yang disempurnakan legenda badminton dunia, Dato’ Seri (Dr.) Lee Chong Wei, pada 26 Februari lepas.
Beliau turut mengumumkan tawaran jumlah hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, yang merupakan yang paling lumayan bagi kejohanan badminton remaja di negara ini. Selain hadiah wang tunai, ganjaran lebih besar menanti finalis Piala LCW yang akan berpeluang menjalani sesi pemilihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Pengumuman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi positif di media sosial sekali gus mencerminkan minat serta keterujaan dan minat yang tinggi di kalangan pemain muda.
Pihak penganjur turut mengumumkan pendaftaran akan dibuka secara rasmi pada 15 Jun, jam 12 tengah hari. Setiap kategori dihadkan kepada 128 penyertaan, dengan tambahan 32 tempat dalam senarai menunggu.
Peserta dalam senarai menunggu akan dihubungi sekiranya terdapat sebarang penarikan diri atau kekosongan daripada 128 penyertaan yang telah disahkan.
Format pertandingan akan menyaksikan 128 pemain bersaing bagi merebut 32 tempat ke pusingan akhir 64 pemain. Seramai 32 pemain yang berjaya melepasi pusingan kelayakan akan disertai oleh 32 pemain pilihan negeri yang dicalonkan oleh Persatuan Badminton Negeri masing-masing, sekaligus melengkapkan senarai 64 pemain terbaik.
Sebagai menuruti peraturan baharu yang diperkenalkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kejohanan akan menggunakan sistem pemarkahan 3×15, di mana setiap perlawanan dimainkan dalam
format terbaik daripada tiga set dengan setiap set dimainkan sehingga 15 mata. Setiap pemain dijamin peluang beraksi dalam sekurang-kurangnya satu perlawanan penuh.
Edisi sulung kejohanan akan mempertandingkan tiga kategori umur: Bawah 13 Tahun dan Bawah 15 Tahun
Empat acara akan dipertandingkan:
- Perseorangan Lelaki
- Perseorangan Perempuan
- Beregu Lelaki
- Beregu Perempuan Bawah 17 Tahun
Lima acara akan dipertandingkan:
- Perseorangan Lelaki
- Perseorangan Wanita
- Beregu Lelaki
- Beregu Wanita
- Beregu Campuran
Bagi memberi peluang kepada lebih ramai pemain untuk mengambil bahagian, setiap peserta hanya dibenarkan bertanding dalam maksimum dua acara dalam kategori umur masing-masing.
Kelayakan umur bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
- Bawah 13 Tahun: pemain yang lahir pada 2013, 2014 atau 2015
- Bawah 15 Tahun: pemain yang lahir pada 2011 atau 2012
- Bawah 17 Tahun: pemain yang lahir pada 2009 atau 2010
Yuran penyertaan bagi Piala LCW 2026 ditetapkan sebanyak:
- RM50 bagi acara perseorangan
- RM100 bagi acara beregu
Dato’ Seri Lee Chong Wei turut mengumumkan hasil kutipan yuran penyertaan akan disalurkan kepada sebuah badan kebajikan yang akan diumumkan pada masa akan datang.
Dengan sambutan yang dijangka amat menggalakkan bagi edisi sulung ini, Piala Lee Chong Wei dijangka menarik penyertaan yang besar dari seluruh negara.
Para pemain dan ibu bapa disarankan untuk melayari laman sesawang rasmi kejohanan di www.leechongweicup.com bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat serta peraturan pertandingan dan tidak menangguhkan pendaftaran sebaik sahaja dibuka pada 15 Jun nanti.
Selepas menikmati kerjaya cemerlang yang menjadi inspirasi kepada generasi rakyat Malaysia, Lee Chong Wei kini memberi tumpuan menyumbang kembali kepada sukan yang telah menaikkan nama dan kehidupannya. Piala LCW merupakan manifestasi komitmen beliau dalam mencungkil bakat muda, mempromosikan gaya hidup sihat serta menggalakkan golongan belia mengejar impian mereka.
Tamat.






























