Pasukan Avengers mengesahkan status sebagai juara Kejohanan Berpasukan Campuran Persatuan Badminton Malaysia BAM selepas melakar kemenangan 6-5 ke atas Terminators pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan hari ini.

Kemenangan itu sekaligus meletakkan Avengers yang dipimpin Soh Wooi Yik naik ke tangga teratas, berkongsi dua mata dengan Terminators yang akur untuk bergelar naib juara.

Terminators yang diterajui Lee Zii Jia bermula baik, meraih mata pertama menerusi Chow Mei Kuan-Pearly Tan yang menundukkan pasangan Myisha Mohd Khairul-Valeree Siow Zi Xuan straight set 15-8, 15-6.

Goh Soon Huat-Cheah Yee See mengikat kedudukan selepas unggul dalam bergu campuran, menewaskan Chen Tang Jie-Lai Pei Jing 15-13,15-12 namun Zii Jia kembali meletakkan Terminators didepan 2-1 selepas menang ke atas Jacky Kok Jing Hong 15-13, 15-11.

Wooi Yik mula mengatur kebangkitan Avengers apabila mengikat kedudukan  dua sama selepas gandingannya bersama Chia Weijie dala, bergu lelaki menang ke atas Goh Sze Fei-Low Hang Yee 13-15, 15-10, 11-6.

Cheam June Wei dan Eoon Qi Xuan masing masing menyumbang satu mata selepas menang ke atas lawan masing masing sekaligus meletakkan Avengers mendahului 4-2.

Lee Shun Yang merapatkan jurang 3-4 untuk Terminators selepas menundukkan Shaqeem Eiman 15-14, 8-15, 11-4 namun Goh Jin Wei kembali menjarakkan mata selepas menundukkan Siti Nurshuhaini Azman 8-15, 15-8, 11-6.

Bergu campuran, Muhd Haikal Nazri-Low Yeen Yuan serta trio wanita pasukan Terminators, Chow Mei Kuan, Lai Pei Jing, dan Pearly Tan menambahkan kehangatan saingan apabila memberikan mata untuk Terminators selepas menewaskan l;awan masing masing sekaligus mengikat kedudukan lima sama.

Acara tiga sepasukan lelaki yang turut disertai dua kapten, Lee Zii jia dan Soh Wooi Yik menjadi tumpuan.

Sorakan padu rakan rakan sepasukan tampak masih belum memadai untuk Terminator mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan.

Gandingan Goh Sze Fei-Lee Zii Jia dan Low Han Yee akur tewas di tangan trio Avengers Chia Weijie-Soh Wooi Yik-Tee Kai Wun 13-15, 15-11, 10-11 untuk mengesahkan pasukan Avengers sebagai juara.

“Saya sasarkan kemenangan dalam bergu dan perseorangan lelaki tetapi kami tewas dalam perseorangan lelaki dan tidak jangka berlawan sehingga perlawanan tiga sepasukan.

“Kredit kepada semua pemain pemain kerana kita akan sentiasa berbincang untuk cari dan perbaiki kekurangan,”kata Wooi Yik.

Meskipun tewas, Lee Zii Jia tetap berbangga dengan prestasi rakan sepasukan sepanjang saingan Berpasukan Campuran BAM yang bermula sejak Isnin.

“Semangat pasukan kami bagus dan semua pemain beraksi dengan serius dan berikan yang terbaik.

“Walaupun tewas tetapi saya gembira untuk lihat terutama pemain pemain remaja untuk cari pengalaman daripada pemain senior dan semua memberi sokongan sehingga ke perlawanan terakhir,”kata Zii Jia.

Sementara itu, Transformers menamatkan saingan di tangga ketiga keseluruhan, berkongsi satu mata dengan Dominators.

Aksi terakhir hari ini, Transformers melakar kemenangan selesa 7-4 ke atas Dominators.

Bergu campuran Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing menyumbang mata pertama untuk Dominators yang dipimpin Aaron Chia selepas menang ke atas Nur Izzuddin Rumsani-Peck Yen Wei15-12, 15-14.

Vivian Hoo-Yap Ling menyamakan kedudukan selepas menang dalam aksi bergu wanita, menundukkan M Thinaah-Yap Cheng Wen 9-15, 15-8, 11-4.

Leong Jun Hao dan Aidil Sholeh menyumbang satu mata untuk melebarkan kedudukan buat Transformers 3-1 selepas menang ke atas lawan masing masing.

Soniia Cheah menang ke atas K Letshaana 15-7, 15-6 serta kapten, Aaron Chia yang beraksi dalam bergu lelaki bersama sama Ng Eng Cheong menang ke atas Chang Yee Jun-Nur Izzuddin Rumsani 15-10, 15-11 kembali menyamakan kedudukan tiga sama.

Transformers yang dipimpin Tan Kian Meng cemerlang meraih empat mata berturut turut menerusi bergu campuran Wan Muhd Arif Wan Junaidi-Cheng Su Hui, perseorangan lelaki, Justin Hoh dan S Kisona dalam acara perseorangan wanita sekaligus mendahului 7-3.

Aaron berjaya mencuri satu mata selepas gandingan trio bersama Lwi Sheng Hao dan Ng Eng Cheong melakar kemenangan ke atas Chang Yee Jun-Leong Jun Hao dan Yap Roy King dalam aksi tiga set 11-15, 15-14, 11-8. 

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN

TRANSFORMERS – DOMINATORS  (7-4)

XD1 Nur Izzuddin Rumsani-Peck Yen Wei vs Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing (12-15, 14-15) 0-1
WD Vivian Hoo-Yap Ling vs M. Thinaah-Yap Cheng Wen (9-15, 15-8, 11-4) 1-0
MS1 Leong Jun Hao – Ng Tze Yong (15-14, 8-15, 11-4) 1-0
MS2 Aidil Sholeh – Lim Chong King (12-15, 15-14, 11-10) 1-0
WS1 K. Letshaana – Soniia Cheah (7-15, 6-15) 0-1
MD Chang Yee Jun-Nur Izzuddin vs Aaron Chia-Ng Eng Cheong (10-15, 11-15) 0-1
XD2 Wan Muhd Arif Wan Junaidi-Cheng Su Hui vs Goh Boon Zhe-Cheng Su Yin (15-14, 15-13, 11-10) 1-0
MS3 Justin Hoh Shou Wei – Ong Ken Yon (15-11, 15-7) 1-0
WS2 S. Kisona – Tan Zhing Yi ( 15-2, 15-5) 1-0
S2 Anna Cheong+Vivian Hoo+Yap Ling vs M. Thinaah+Shevon Lai+Teoh Mei Xing (15-14, 12-15, 11-9) 1-0
S1 Chang Yee Jun+Leong Jun Hao+Yap Roy King vs Aaron Chia+Lwi Sheng Hao+Ng Eng Cheong (15-11, 14-15, 8-11) 0-1

 

TERMINATORS – AVENGERS (5-6

WD Chow Mei Kuan-Pearly Tan vs Myisha Mohd Khairul-Valeree Siow Zi Xuan (15-8, 15-6) 1-0
XD1 Chen Tang Jie-Lai Pei Jing vs Goh Soon Huat-Cheah Yee See (13-15, 12-15) 0-1
MS2 Lee Zii Jia – Jacky Kok Jing Hong (15-13, 15-11) 1-0
MD Goh Sze Fei-Low Hang Yee vs Chia Weijie-Soh Wooi Yik(15-13, 10-15, 6-11) 0-1
MS1 Oong Zhen Yi – Cheam June Wei (8-15, 4-15) 0-1
WS1 Lee Ying Ying – Eoon Qi Xuan (10-15, 11-15) 0-1
MS3 Lee Shun Yang – Shaqeem Eiman (15-14, 8-15, 11-4) 1-0
WS2 Siti Nurshuhaini Azman – Goh Jin Wei (15-8, 8-15, 6-11) 0-1
XD2 Muhd Haikal Nazri-Low Yeen Yuan vs Rayner Beh Chun Meng-Valeree Siow Zi Xuan (15-13, 15-12) 1-0
S2 Chow Mei Kuan+Lai Pei Jing+Pearly Tan vs Cheah Yee See+Lee Meng Yean+Toh Ee Wei (12-15, 15-12, 11-2) 1-0
S1 Goh Sze Fei+Lee Zii Jia+Low Han Yee vs Chia Weijie+Soh Wooi Yik+Tee Kai Wun( 13-15, 15-11, 10-11) 0-1

- Advertisement -