Kejohanan Badminton Terbuka Jerman yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 14 Mac telah ditunda.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi kenyataan media hari ini mengesahkan perkara tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan tuan rumah, Persatuan Badminton Jerman.

Ia susulan sekatan yang dilakukan oleh negara Jerman bagi mengawal penularan wabak Covid 19 di negara otu memaksa Persatuan Badmintom Jerman membatalkan kejohanan yang dijadual berlangsung di Mülheim an der Ruhr.

Kejohanan Badminton Terbuka Jerman merupakan kejohanan bertaraf Super 300 dalam Jelajah Dunia HSBC BWF.

 

- Advertisement -