Persekutuan Hoki Asia (AHF) mengesahkan kejohanan Piala Remaja Asia Wanita 2021 yang dijadual berlangsung di Kamihagara, Jepun ditunda.

Kejohanan itu dijadual berlangsung dari 11 hingga 17 April depan.

Keputusan untuk menunda kejohanan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan tuan rumah termasuk sekatan dan polisi semasa negara Jepun yang sedang giat membendung penularan Covid 19.

ia sekaligus menyukarkan perancangan dan persiapan termasuk pergerakan pasukan yang mengambil bahagian.

AHF juga mementingkan soal keselamatan dan kesejahteraan atlet ditambah dengan kesukaran yang perlu dihadapi negara negara tertentu.

Ada negara yang dibenarkan untuk menjalani latihan serta menganjurkan pertandingan tempatan secara normal dan tidak kurang juga negara yang terkesan teruk dan tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti susulan arahan semasa kerajaan negara masing masing.

Keputusan untuk menunda kejohanan ini turut disokong Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dan tarikh baharu sedang dibincangkan dan aka diumumkan selepas dipersetujui semua pihak terlibat.

 

 

 

- Advertisement -