rio.tickets

Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa akur dengan syarat dan keputusan ditetapkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk hanya memberi penambahan empat pas akreditasi Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil.

Pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid berkata BAM sebelum ini memohon penambahan sekurang-kurangnya enam kad akreditasi Olimpik kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk jurulatih, staf sokongan dan rakan pelatih.

“Kita kena terima hakikat, ini keputusan dibuat IOC. Semua pemain yang akan bertanding akan dapat pas akreditasi mereka. Kita kena ikut peraturan mereka, tetapi kita perlu dahulukan apa yang penting,” katanya kepada pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Al-Amin berkata venue pertandingan di Rio akan dibuka kepada negara bertanding untuk memulakan sesi latihan bermula 24 Julai ini, namun skuad badminton negara akan berlepas pada 29 Julai.

Beliau berkata skuad negara hanya menjalani latihan pusat di dalam negara, sebelum berlepas ke temasya sukan terbesar di dunia itu.

- Advertisement -