morten.frost

Oleh Ku Mohd Lufti

Persatuan Badminton Malaysia memberi bayangan awal bakal melakukan rombakan terhadap sistem kejurulatihan dan program latihan selepas tamat mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan pada 15 September depan.

Keputusan akan dibuat berdasarkan penilaian daripada pengarah Teknikal BAM, Morten Frost yang diberi tanggungjawab untuk menilai kesemua pemain dan jurulatih selepas tamat kempen Olimpik Rio 2016.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria menjelaskan, persatuan perlu merubah sistem dalam BAM berdasarkan pencapaian yang telah dicapai.

“Sudah tentu akan ada pemain pemain baru yang akan masuk kelak. Kerana saya sudah katakan kepada Morten, penilaian setiap 6 bulan perlu dilakukan dan, kita perlu pastikan pemain pemain yang menyertai kejohanan perlu mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Kita tidak mahu lagi senario hanya Lee Chong Wei sahaja yang meneruskan kemaraan manakala pemain pemain lain tersingkir awal,” kata Norza.

Selain itu, pemain pemain juga akan dinilai semula termasuk pemain bergu bagi mewujudkan kombinasi yang lebih berkesan andai gandingan ketika ini dilihat kurang menyinar.

“Kita juga akan lihat sistem untuk pelan jangka panjang termasuk gandingan pemain pemain adakah mereka bermain dengan baik diantara satu sama lain. Kita tunda sehingga tamat sukan olimpik, kerana tidak mahu menganggu persiapan mereka.

Mengulas tentang keputusan Chong wei yang memberi bayangan untuk kembali ke gelanggang Oimpik, Norza menjelaskan BAM sentiasa menyokong pendirian pemain nombor satu dunia itu.

- Advertisement -