azizul

Oleh Ku Mohd Lufti

Baru menang pingat gangsa, taring sudah mula kelihatan.

Kerana tidak puas hati, permintaan tidak ditunaikan, kekecewaan diluahkan secara terang terang dengan harapan individu tersebut dapat melihat, ramai yang bersimpati.

Adakah cara ini wajar? Di mana sikap professional anda sebagai atlet? Bukankah lebih baik berjumpa bertentang mata lebih baik daripada menyampaikan menerusi ‘orang tengah’ (medium sosial).

Harus diingatkan apa sahaja dana yang dipegang oleh kerajaan negeri mahupun persekutuan adalah hasil wang rakyat dan segalanya perlu dilaksanakan dengan adil dan saksama,

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengingatkan jangan bertindak secara melulu, siasat dahulu kerana ia akan mengeruhkan keadaan bukan menambah baik.

Malah, Azizul sudah mempunyai tajaan daripada Yayasan Sime Darby dan Kementerian Belia dan Sukan juga turut sama memberi sokongan kepada Pocket Rocket Man Malaysia.

Kerana tiada respon daripada kerajaan negeri atas permintaan yang telah lama diutarakan, pelumba keirin negara, Azizul Hasni Awang menyambut kilauan gangsanya dengan kekecewan terhadap Menteri Besar Terengganu.

Mungkin ratu skuasy negara, Datuk Nicol David boleh dijadikan panduan, malah beliau pernah berkata, “ianya bukan mengenai wang atau hadiah semata mata, tetapi mengenai apa yang kita mahu capai setelah berlatih berminggu minggu bahkan berbulan bulan untuk melihat dimana tahap kita.”

Mungkin KBS perlu menetapkan satu garis panduan khas kepada atlet negara yang kecewa agar menggunakan saluran yang benar benar tepat dan bukan atas dasar kuasa sendiri kerana pencapaian yang telah dikecapi.

Tidak dinafikan, pingat dari pentas olimpik, tidak kira emas perak mahupun gangsa mempunyai nilai yang tinggi, tetapi adakah ia lebih tinggi berbanding budi pekerti?

‘Manners Maketh Man’.

Ini baru gangsa, kalau emas?

- Advertisement -