29th SEA Games KL2017 Cycling Women Mass Start - Vietnam’s Nguyen Thi vs Malaysia's Jupha Somnet
Jupha Somnet(kanan) tewas kepada pelumba Vietnam; Nguyen Thi That.

HARAPAN pelumba negara Jupha Somnet menebus kekecewaan meraih emas pada acara Lepas Beramai-ramai wanita berkecai selepas menamatkan perlumbaan sejauh 101km itu pada kedudukan kedua.

Perlumbaan yang disertai 13 pelumba dari enam negara itu menyaksikan pelumba Vietnam’s Nguyen Thi That menang emas dengan catatan masa 3jam14m.16s. Jupha, 24, pada kedudukan kedua dan pelumba Indonesia Priatna Ayustina Delia meraih gangsa dengan catatan masa sama.

Pingat perak yang dimenangi itu merupakan yang kedua buat Jupha dalam tempoh tiga hari selepas acara Kriterium yang berlangsung pada Isnin (21 Ogos).

29th SEA Games KL2017 Cycling Women Mass Start - Podium Winner
Pemenang podium 29th SEA Games KL2017 Berbasikal (Lepas Beramai-Ramai Wanita). Dari kiri – Jupha Somnet, Nguyen Thi dan Priatna Ayustina Delia.
- Advertisement -