Saingan badminton Top Glove Purple League Pro Am 2020 tampak semakin hangat apabila bergu yang diletakkan sebagai pilihan kejohanan menepati ramalan untuk mara ke peringkat suku akhir.

Lim Tze Jian-Gan Jing Err dan Wong Tien Chi-Lim Chiew Sien mengisi slot lapan terbaik ke peringkat suku akhir selepas menang ke atas lawan masing masing dalam aksi pembukaan yang berlangsung hari ini.

Terdahulu, meskipun turun bukan sebagai status bergu pilihan, Lim Chi Wing-Ho Yen Mei mempamer aksi yang konsisten sekaligus melepasi pusingan pertama selepas menang 3-0 (11-7, 11-6, 11-7) ke atas Choo Kai Qing-Isabel Liau Bei.

Chi Wing juga menjelaskan masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan cara permainan yang terbuka.

“Keadaan tidak seperti yang dibayangkan memandangkan suasana yang sepi,” kata Chi Wing.

Beliau turut menambah pandemik Covid 19 memberi kesan yang mendalam.

“Agak sukar sebelum ini kerana tiada pertandingan dan penajaan telah dikurangkan kerana tiada pertandingan.”

Malah, beliau juga tidak dapat terbang ke Thailand untuk mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana kedudukan ranking yang agak rendah.

Justeru, menerusi penyertaan di Top Glove Purple League Pro Am 2020 dapat memberinya peluang untuk bangkit semula dan memperbaiki kedudukannya.

Chi Wing dan Yen Mei berdepan tugas getir dimana mereka akan berdepan pilihan kedua kejohanan, Wong Tien Chi-Lim Chiew Sien yang melepasi saingan aksi pembukaan selepas menundukkan Tan Yi Han-Ng Qi Xuan straight games 11-8 ,11-5, 11-8.

Lim Tze Jian-Gan Jing Err menepati status sebagai pilihan utama kejohanan apabila mara ke peringkat suku akhir tetapi dipaksa beraksi empat set sebelum mengesahkan kemenangan 3-1 (11-8, 11-8, 3-11, 11-10).

Kekuatan smash menjadi senjata kejayaan Tze Jian-Jing Err untuk memastikan kemenangan memihak mereka.

“Kami lebih fokus berbanding ketika sesi latihan dan sudah mempersiapkan diri sejak dua minggu lagi sebelum turun beraksi,” kata Tze Jian.

Beliau merupakan juara di saingan Purple League Remaja 2018 berazam untuk bertarung habis habisan sekaligus membawa pulang gelaran juara. Beliau turut menambah, saingan Purple League Pro Am ini merupakan pertandingan yang baik.

Lim Tze Jian-Gan Jing Err akan berdepan gandingan Boon Xin Yuan-Teoh Lexuan di perimgkat suku akhir susulan kejayaan menundukkan Leong Jun Kai-Vanessa Chai Voon Ching 3-1(11-9, 11-5, 10-11, 11-8).

 

KEPUTUSAN

Lim Tze Jian+Gan Jing Err (1)- Ahmad Maziri Mazlan+Noor Hazwani Hazair 11-8 11-8 3-11 11-10

Boon Xin Yuan+Teoh Lexuan – Leong Jun Kai+Vanessa Chai Voon Ching 11-9 11-5 10-11 11-8

Lee Jian Yi+Goh Yea Ching-Chong Ee Jack+Tang Wen Xin 11-5 11-4 11-8

Mohd Arif Abdul Latif+Desiree Siow [3/4] – Micaiah Chai Jien Zheng+Kok Youki 11-5 11-7 6-11 11-2

Tan Kok Xian+Wong Kha Yan [3/4] – Muhammad Syazmil Idham+Nur Syaza Roshidi 11-7 11-7 11-7

Too Ming Yap+Teh Won Quin – Mohamad Najmi Kamarudin+Ng Sin Er 11-10 11-9 4-11 7-11 11-7

Lim Chi Wing+Ho Yen Mei -Choo Kai Qing+Isabel Liau Bei Yi 11-7 11-6 11-7

Wong Tien Ci+Lim Chiew Sien [2] – Tan Yi Han+Ng Qi Xuan 11-8 11-5 11-8

- Advertisement -