teong-kim
Lim Teong Kim

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyerahkan kes melibatkan Pengarah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) Lim Tiong Kim kepada badan induk bolasepak Malaysia (FAM).

Khairy telahpun meminta Sekretariat NFDP untuk menyediakan ulasan dan laporan dan diserahkan kepada FAM dalam masa yang terdekat.

“Lebih baik kita serah kepada NFDP yg telahpun sediakan laporan dan ulasan untuk diserahkan kepada FAM dlm masa terdekat.

“Kalau sekiranya ada kes kes yg melibatkan pemain atau pegawai kita melanggar displin tersebut, perlulah kita mengambil tindakan yang sewajarnya tetapi dalam kes ini biarlah FAM lihat kepada ulasan yg telah disediakan oleh NFDP yg juga datang daripada siasatan yang telah kita buat mintak pandangan dan juga maklum balas daripada Lim Tiong Kim.” Kata Khairuy Jamaluddin.

Persatuan Bolasepak Korea Selatan menghantar surat aduan terhadap tindakan Lim Tiong Kim yang bertindak secara tidak professional apabila menghentikan perlawanan persahabatan diantara pasukannya dengan Pohang Steelers FC.

Malah, bekas pengendali akademi kelab Bayern Munich itu turut tidak membenarkan pemain pemainnya masuk ke padang selepas rehat separuh masa pertama dimana skuad Lim Tiong Kim ketinggalan 0-4.

Sementara itu Pengarah NFDP Safirul Azli Abu Bakar mengesahkan telahpun menyediakan laporan dan ulasan bukan sahaja daripada Lim Tiong Kim dan pegawai pegawai lain tentang insiden yang berlaku pada 29 September.

Lim Tiong Kim bertindak sedemikian kerana dkatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Pohang FC Steelers menurunkan pemain lebih umur dalam perlawanan berkenaan.

Namun, kelab Korea Selatan itu memberikan penjelasan yang mereka sudah memaklumkan kepada Teong Kim lebih awal akan menurunkan tiga pemain berusia 15 tahun berserta bukti kad pengenalan pemain berkenaan, namun Teong Kim enggan menerima penjelasan berkenaan.

- Advertisement -