Barisan tuan rumah Malaysia mampu menghela nafas lega manakala penyandang juara Thailand berdepan laluan berliku apabila ?majlis ?undian bolasepak Sukan SEA 2017 selesai d?i?lakukan di Kuala Lumpur pada Sabtu (8 Julai 2017).

Thailand diletakkan sekumpulan dengan jaguh bolasepak serantau lain iaitu? Vietnam, Indonesia dan Filipina– pasukan Asia Tenggara tertinggi dalam senarai ranking FIFA ketika ini.Selain tiga pasukan berkenaan, Thailand juga aka berd?e?pan Kemboja dan Timor Leste dalam Kumpulan B.

Thailand, di bawah kendalian jurulatih Worrawut Srimaka, bagaimana?pun tetap menjadi pilihan meraih emas biarpun berada em?pa?t tangga di bawah Filipina dalam senarai ranking dunia.

Malaysia, kini pada kedudukan 167 dunia dan dikendalikan jurulatih Datuk Ong Kim Swee, boleh menarik nafas lega kerana diundi bersama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Pada temasya 2015, Thailand, yang dikendalikan jurulatih Choketawee Promrut, muncul juara selepas menewaskan Myanmar 3-0 pada perlawanan akhir.

Dato’ Ong yang ditemui selepas undian berkata semua pasukan mempunyai peluang sama? ?rata untuk meraih emas.

Saingan bolasepak Sukan SEA 2017 bermula awal mulai 14 Ogos ini dengan perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Shah Alam dan Stadium Selayang. Perlawanan akhir dijangka berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Ogos.

Datuk Ong Kim Swee sewaktu hadir ke Majlis Undian Rasmi Sukan SEA Ke-29 2017 yang telah berlansung di ibu negara.

Kata Dato’ Ong: “Kita perlu berada di tahap terbaik bagi menamatkan cabaran kumpulan pada kedudukan terbaik. Walaupun di atas kertas, semua kata tentangan akan hadir menerusi Singapura dan Myanmar tetapi Laos dan Brunei mungkin boleh mencipta kejutan.

“Kita tidak tahu apa akan berlaku kerana semua pasukan sedang buat persiapan terbaik, jadi kita perlu terlebih dahulu layak ke peringkat separuh akhir sebelum memikirkan tentang peluang memenangi pingat,” kata beliau.

Untuk rekod, Malaysia yang kali terakhir memenangi emas pada 2011 (juga di bawah bimbingan Kim Swee), kandas di peringkat separuh akhir pada edisi Myanmar 2013 dan dua tahun lalu, gagal melepasi peringkat kumpulan.

Undian acara Bola Sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Malaysia diundi dalam pasukan A bersama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei. Foto oleh Kamarul Akhir / www.asiana.my

Kumpulan A
Malaysia
Myanmar
Singapura
Laos
Brunei

Kumpulan B
Thailand
Vietnam
Indonesia
Cambodia
Timor Leste
Filipina

- Advertisement -