Yuki Takahashi will ride alone at Suzuka this weekend

Yuki Takahashi will ride as a lone competitor in the SuperSports 600cc class for Musashi Boon Siew Honda Racing as teammate, Zamri Baba recuperates from his injuries at this weekend’s FIM Asia Road Racing Championship at the Suzuka Circuit in Japan.

Manager, Zulhelmi Ahmad said the team opted against bringing in a replacement out of respect for the 31-year old and there was not enough time to source for another rider but hinted the team might bring in a substitute for the next race in Thailand.

Zamri who suffered a collision in Indonesia is currently at the Siloam Karawaci hospital in Jakarta.

In the latest update, the 31-year old is showing progress and the team has engaged two caregivers to attend to his needs around the clock. 

These are experienced medical professionals whom apart from daily care, also tend to his physical well being such as providing daily physiotherapy.

“Out of respect for Zamri, we decided against bringing in a replacement at Suzuka. It was the right thing to do and on top of that it’s very hard to look for another rider with his calibre and talent,” said Zulhelmi.

He added, “The entire team feels partially deflated without Zamri and we pray he has a speedy recovery. At the moment he is making a bit of progress and we hope to receive more good news soon. We would also like to thank everyone for the outpouring support and prayers in these tough times.”

Speaking about the race, Zulhelmi is certain Yuki can mount a serious challenge for the podium with Suzuka being his home track.

The former Moto2 contender who is adapting well to the SuperSports 600cc class is currently ranked second overall in the standings with 52 points, 11 points adrift M.Fadli (Astra Honda Racing Team) who will also miss this week’s race.

However he cautioned other Japanese riders will be hoping to cash in on home-advantage as well, particularly Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) who bagged a victory here last year.

“We have every reason Yuki can perform this weekend because he has a lot of experience riding at this track. But we do not expect everything to go smoothly because Suzuka is well-known to be challenging both on the rider and engineers. Hence we have to fully utilize all the sessions to find the right balance,” he said.

 

BOON SIEW HONDA TAGIH KUDRAT TAKAHASHI 

Ketiadaan Mohd Zamri Baba menyaksikan Yuki Takahashi bakal membawa cabaran tunggal buat pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing bagi saingan Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun, minggu ini.

Pengurus pasukan, Zulhelmi Ahmad berkata mereka tidak menggantikan tempat Zamri sebagai menghormati pelumba berusia 31 tahun yang masih menjalani rawatan di hospital di samping tidak mempunyai cukup masa bagi mencari pengganti namun memberi bayangan untuk mendapatkan pelumba gantian bagi pusingan berikutnya di Thailand nanti.

 Sementara itu Zamri yang terlibat dengan insiden kemalangan di Sentul, Indonesia masih menjalani rawatan di Hospital Siloam Karawaci, Jakarta dan menunjukkan perkembangan positif apabila kini dipindahkan ke wad biasa manakala pihak pasukan turut meletakkan dua penjaga untuk memantau dan melakukan rawatan ke atas pelumba itu sepanjang masa.

Selain memantau rapi keadaan Zamri, dua profesional dalam bidang perubatan yang berpengalaman luas ini turut melakukan rawatan fisioterapi untuk mempercepatkan proses penyembuhan disamping untuk memastikan keadaan fizikal Zamri sentiasa dalam keadaan baik.

“Sebagai menghormati keadaan Zamri, kami memutuskan untuk tidak menggantikan tempat Zamri dengan pelumba lain. Malah bukan mudah untuk mendapatkan pengganti yang berkaliber dalam tempoh yang singkat ini,” jelas Zulhelmi.

Tambahnya, “Seluruh pasukan agak bersedih dengan ketiadaan Zamri dan kami mendoakan agar dia kembali pulih dengan segera. Kami gembira dengan perkembangan positif yang ditunjukkan dan mengharapkan lebih banyak berita baik selepas ini. Kami juga berterima kasih kepada semua yang banyak mendoakan dan memberi sokongan kepada Zamri dan kami ketika ini.” 
 
Mengulas tentang perlumbaan minggu ini, Zulhelmi yakin Yuki mampu bersaing merebut podium terutama dengan pengalaman luasnya khususnya di litar Suzuka ini sendiri.

Bekas pelumba Moto2 itu dilihat dapat menyesuaikan diri dengan jentera SuperSports 600cc apabila kini menghuni tangga kedua keseluruhan dengan 52 mata, 11 mata di belakang pendahulu, M. Fadli Imammuddin (Astra Honda Racing Team) yang turut terlepas aksi pada minggu ini.

Namun, pengurus itu tidak memandang mudah cabaran pelumba lain khususnya pelumba Jepun seperti Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) yang meraih kemenangan di sini pada musim lepas.

“Kami yakin Yuki mampu beraksi dengan baik pada minggu ini tambahan, dia berpengalaman luas beraksi di litar Suzuka ini.

“Cuma kami tidak menjangkakan dia akan diberi laluan mudah oleh pelumba lain termasuklah dengan bentuk litar yang memberikan cabaran besar kepada jurutera dan pelumba sendiri. Kami akan memanfaatkan setiap sesi untuk mendapatkan pelarasan dan keserasian terbaik diantara jentera dan pelumba,” jelasnya.

- Advertisement -