Katsuaki Fujiwara currently leads the SuperSports 600cc overall standings

The PETRONAS Asia Road Racing Championship circus returns to Thailand for the first time in 14 years this weekend at the newly built Chang International Circuit (CIC). The last time the ARRC visited Thailand was back in 2000 when the SuperSports 600cc category was first introduced.

Located about 410 kilometres northeast of Bangkok, the CIC that host the fifth and penultimate round of the 2014 season is expected to present a lot of difficult challenges and new learning opportunities for teams and riders competing in the SuperSports 600cc, Underbone 130cc and Asia Dream Cup category.

And with none of the teams having tasted the track before, the CIC is also predicted to change the landscape of the championship chase with only 33 points separating current leader, Katsuaki Fujiwara (Manual Tech BEET Kawasaki Racing) and Mohd Zamri Baba (Musashi Boon Siew Honda Racing) in the SuperSports 600cc while 16 points separates Gupita Kresna and Norizman Ismail in the Underbone 130cc.

The only rider who could possibly secure a title this weekend is Khairul Idham Pawi who competes in the developmental Asia Dream Cup class. The 16-year old leads the standings with 195 points, 60 points ahead of closest rival, Teppei Nagoe.

“Thailand has a rich history, having hosted ARRC during the 250cc era. Even without a home race since the new millennium, they remain to be one of the championship’s strongest supporter and have successfully produced Asian champions, Decha Kraisat and Chalermpol Polamai,” said event promoter, Two Wheels Motor Racing (TWMR) Promotions Director, Ron Hogg.

He went on to add, “With that said, we are extremely honoured to return to Thailand. The teams, riders and sponsors, especially those from Thailand are really excited for the upcoming race. The staff at CIC has worked very quickly to secure the best deal for local racing fans and we believe the race this weekend will be fantastic.”

Designed by German engineer and auto racer, Hermann Tilke, the CIC runs 4.554 kilometre in length and consists of 12 corners – seven right handers and five left handers. The track highlights include a kilometer long straight that allows motorcycles to reach a top speed of 300 kilometre per hour.

 

ARRC KEMBALI KE THAILAND

Buat pertama kali dalam tempoh 14 tahun, Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) kembali ke Thailand apabila litar yang baru dibina, Litar Antarabangsa Chang (CIC) sudah bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah bagi saingan pusingan kelima ARRC pada 6 hingga 9 November ini.

Kali terakhir kontinjen ARRC bertandang ke Thailand adalah pada tahun 2000 dimana kelas SuperSports 600cc mula diperkenalkan ketika itu.

Terletak 410 kilometer di bahagian timur laut Bangkok, pusingan kedua terakhir dari enam pusingan kejuaraan yang berlangung di CIC ini dijangka akan memberi cabaran baru kepada kesemua pelumba yang beraksi dalam kelas SuperSports 600cc, Underbone 130cc dan juga Asia Dream Cup (ADC).

Dengan 50 mata maksimum menanti dalam dua perlumbaan yang akan berlangsung, saingan di litar CIC dijangka mampu membawa perubahan kepada kedudukan pelumba ketika ini di mana pendahulu SuperSports 600cc, Katsuaki Fujiwara (Manual Tech Beet Kawasaki) yang sedang mendahului kedudukan hanya berkelebihan 33 mata berbanding Mohd Zamri Baba (Musashi Boo Siew Honda) di kedudukan kedua manakala hanya 16 mata membezakan kedudukan di antara Gupita Kresna dan Norizman Ismail di dalam kelas Underbone 130cc.

Hanya pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi yang beraksi dalam kategori ADC mampu untuk bergelar juara keseluruhan tanpa menunggu pusingan terakhir memandangkan pelumba 16 tahun itu kini sedang mendahului kedudukan dengan mengumpul 195 mata hasil tujuh gelaran juara dari lapan perlumbaan lepas, 69 mata meninggalkan Teppei Nagoe dari Jepun yang berada di kedudukan kedua.

“Thailand mempunyai sejarah yang panjang bersama ARRC, sejak dari era perlumbaan 250cc lagi. Meskipun mereka tidak lagi menjadi tuan rumah sejak sekian lama, Thailand sentiasa memberikan sokongan kuat kepada kejuaraan ini. Mereka juga telah melahirkan juara SuperSports Asia iaitu Decha Kraisart dan Chalermpol Polamai dan ramai juga pelumba mereka yang beraksi di pentas antarabangsa,” jelas Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing, Ron Hogg.

Tambah Ron lagi, “Kami begitu berbangga dapat kembali ke Thailand. Semua pelumba dan pasukan serta penaja begitu teruja dengan venue ini dan begitu juga kerjasama dari pihak CIC sendiri yang telah bersedia untuk memberikan yang terbaik kepada peminat-peminat sukan permotoran tempatan. Kami percaya suasana perlumbaan di CIC pada minggu ini pasti hebat. Malah kami juga difahamkan setakat ini seramai 11 ribu penonton sudahpun mendapatkan tiket mereka untuk menyaksikan perlumbaan.”

Mendapat sentuhan jurutera Jerman, Hermann Tilke, litar CIC sepanjang 4.554 kilometer ini mempunyai 12 selekoh, tujuh selekoh kanan dan lima selekoh kiri serta laluan lurus sepanjang satu kilometer yang mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 300 kilometer sejam.

- Advertisement -