
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport â CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo GarcĂŠs, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, JoĂŁo Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan HĂŠctor Hevel.
Keputusan ini bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh FIFA terhadap tujuh pemain Harimau Malaya tersebut ditangguhkan buat sementara waktu, dan mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat. – FAM




























