Juara badminton Asia, Chau Hoi Wah mengundurkan diri daripada arena badminton selepas menghantar borang rancangan persaraannya pada 5 Jun lalu yang juga merupakan hari lahirnya kepada Persekutuan Badminton Dunia.

Pemain berusia 34 tahun itu tampak masih berbelah bagi tentang keputusannya untuk bersara daripada sukan badminton.

Hoi Wah telahpun membincangkan keputusannya dengan keluarga dan jurulatih sebelum menghantar borang kepada BWF.

Disebalik perasaan yang bercampur baur, Chau Hoi Wah tetap mampu untuk mengukir senyuman kerana berjaya merangkul beberapa kejayaan yang boleh dianggap manis sepanjang kariernya sebagai emain badminton.

 

 

Chau Hoi Wah yang beraksi dalam acara bergu campuran, Lee Chun Hei untuk Hong Kong meraih pingat emas di Kejohanan Asia pada tahun 2014, sekaligus menduduki ranking keenam terbaik dunia pada tahun yang sama.

Tiga tahun kemudian, gandingan bergu itu menaiki podium selaku pemenang tempat ketiga di Kejuaraan Dunia di Glasgow pada tahun 2017

Keputusannya untuk menggantung raket sebagai pemain profesional selama 15 tahun tidak menutup minatnya yang mendalam dalam sukan badminton apabila menjadi jurulatih di Kelab Badminton Mandarin di Toronto, Kanada.

- Advertisement -