lee.chong.wei
Lee Chong Wei

Oleh Ku Mohd Lufti

Hanya perseorangan lelaki dijangka menjadi perhatian utama di pentas final Terbuka Malaysia esok.

Dua seteru, Chen Long dan Chong Wei bakal turun dengan misi berbeza.

Chen Long pastinya mahu mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu sekaligus menjadi pemain kedua luar negara yang meraih kejuaraan terbuka Malaysia tiga kali.

Hanya pemain Thailand, Charoen Wattanasin yang berjaya meraih tiga kejuaraan dalam penyertaan Terbuka Malaysia, 1958, 1959 dan 1962.

Chen Long telah pun memahat namanya selaku juara perseorangan sebanyak dua kali, iaitu pada 2003 dan 2015.

Chen Long pastinya menjangkakan saingan sengit bukan sahaja diterima daripada Datuk Lee Chong Wei, bahkan penyokong tempatan yang pastinya akan member sokongan pada kepada pemain Malaysia.

“Untuk esok, sudahpasti penyokong Malaysia akan memberikan tekanan kepada saya. Setiap perlawanan adalah pengalaman yang baru. Saya akan buktikan esok lawan Chong Wei adalah seorang pemain yang hebat dan akan bermain dengan baik untuk mempertahankan kejuaraan,” kata Chen Long.

Pemain nombor satu dunia ini dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain muda dari Indonesia, Christie Jonatan dalam pertarungan tiga set, 8-21, 21-19, 21-14.

Bagi Chen Long, beliau hamper tewas jika Jonatan berjaya mengawal permainan ketika di penghujung set kedua.

“Dia (Christie Jonatan) tidak sepatutnya terlalu ghairah dan tidak melepaskan peluang yang ada. Tetapi ia adalah perkara yang normal berlaku kepada pemain muda, malah, saya juga pernah melalui situasi itu,” katanya lagi.

Chen Long akan berdepan juara 10 kali, Datuk Lee Chong Wei yang mudah mengatasi pilihan kelima dari Denmark, Jan Oā€™ Jorgensen dengan kemenangan straight set 21-17, 21-14.

Manakala empat lagi kategori bakal menobatkan juara baru.

Final bagi perseorangan wanita akan menemukan dua finalis, Tai Tzu Ying dari Taiwan dan pemain Thailand Ratchanok Intanon.

Tai Tzu Ying mengejutkan pilihan ketiga kejohanan Saina Nehwal dengan kemenangan straight set 21-19, 21-13.

Manakala Ratchanok menafikan hasrat pilihan keenam yang juga juara 2012 Wang Yihan dengan kemenangan 21-11, 21-19.

“Berdepan Tai Tzu Ying mungkin sukar untuk saya kerana dia lebih kurus berbanding sebelum ini. Sudah pasti saya mahu menang di final. Tetapi pada saya, menang ke atas Wang Yihan adalah bonus,” kata Ratchanok.

kim.gi.gung-kim.sa.rang
Kim Gi Jung – Kim Sa Rang

Manakala dalam aksi bergu lelaki, impian pemain bergu lelaki nombor satu dunia, Lee Young Dae mengulangi pencapaian 2009 tidak kesampaian apabila ditewaskan rakan senagara, Kim Gi Jung, Kim Sa Rang di pentas separuh akhir.

Lee Yong Dae menang ketika bergandingan dengan Jung Jae Sung pada 2009.

2015, ketika bergandingan dengan Yoo Yeon Seong, mereka akur pulang dengan status naib juara.

Namun tuah tidakĀ  memihak pada 2016, apabila Jung Jae Sung, Yoo Yeon Song tumpas straight set 21-16, 21-12.

Gi Jung, Sa Rang akan berdepan pilihan keempat, Chai Biao, Hong Wei yang menewaskan pasangan bergu pilihan ke 8 dari Denmark, Mads Conrad Petersen, Mads Pieler Kolding 26-24,21-19.

Bergu wanita pula menampilkan pertembungan antara Korea Selatan dan China.

Jung Kyun Eun, Shin Seung Chan diletak selaku pilihan ketujuh menjinakkan pilihan kedua dari Indonesia Nitya Krishinda Maheswari, Greysia Polii straight set 21-16, 21014.

Mereka akan berdepan pilihan kelima Tang Yuanting, Yu Fang tidak berdepan masalah untuk mara ke final bergu wanita selepas menundukkan pasangan Jepun, Shizuka Matsuo, Mami Naito 21-15, 21-18.

Manakala juara bagi bergu campuran akan ditentukan oleh gandingan tuan rumah, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying dan pilihan kedua dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Matnasir.

Sorakan padu penyokong Malaysia menjadi kekuatan Peng Soon, Liu Ying untuk melakar kemenangan ke atas juara dua kali dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei.

Turun dengan status pilihan pertama juara 2015 ini hanya mampu memberi tentangan sekaligus menang di set pertama 26-24.

Namun Peng Soon-Liu Ying lebih cemerlang untuk bangkit di dua set berikutnya sekaligus mara ke final dengan kemenangan 21-15, 21-13.

“Sokongan padu penyokong menjadi kelebihan buat bergu campuran Malaysia. Kami juga menghadapi kesukaran kerana tidak biasa dengan gelanggang utama kerana kami bermain digelanggang lain sebelum ini. Kami juga lihat mereka (Chan PEng Soon, Goh Liu Ying) lebih bersedia untuk berlawan sedang kami rasakan persiapan masih belum cukup,” kata Zhang Nan.

- Advertisement -