Saingan badminton pada 2021 di Thailand mungkin sedikit suram selepas pemain pemain dari negara China dikhabarkan tidak akan mengambil bahagian.
Thailand menjadi ‘tabung uji’ buat arena badminton dunia apabila menganjurkan tiga kejohanan, Yonex Terbuka Thailand, Toyota Terbuka Thailand dan Siri Jelajah Dunia Akhir.
Toga kejohanan ini akan menjadi KPI bagi penganjuran kejohanan kejohanan antarabangsa dimana prosedur operasi standard (SOP) yang cukup ketat akan dipraktikkan sebelum, ketika dan selepas penganjuran kejohanan yang melibatkan peserta dari luar negara.
Ini adalah kali pertama pemain pemain dari China tidak mengambil bahagian dalam saingan Siri Jelajah Dunia Akhir sejak 2008 dimana negara ini sentiasa mendominasi podium dalam kesemua acara final.
Kes aktif jangkitan Covid 19 di negara China tampak masih terkawal dengan 348 kes positif direkodkan setakat ini dan 27 kes baharu dicatatkan.
Manakala Thailand tampak sedang menunjukkan peningkatan kes dimana 155 kes baharu dan 1 kes kematian direkodkan dengan jumlah kes positif terkumpul adalah 2195 kes.