Dianggarkan seramai 700 atlet boleh menarik nafas lega apabila diberi lampu hijau untuk meneruskan latihan seperti biasa bermula 4 Januari.
Pengarah Bahagian Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin menegaskan, bagaimanapun, semua atlet masih diminta untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal penularan Covid-19.
Antara atlet yang terlibat termasuklah atlet kebangsaan dari program podium dan program sokongan termasuk atlet paralimpik.
Bagi atlet yang berada di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Lembah Klang yang menjalani latihan berasaskan kuarantin sejak Oktober lalu, kini diberi cuti dari Khamis hingga Ahad (3 Januari) untuk persiapan latihan penuh kelak.
Kata Jefri, ujian Covid-19 akan dilakukan sejerus para atlet mendaftar masuk bagi memastikan mereka mematuhi SOP semasa cuti yang diberikan sebelum dibenarkan menjalani latihan penuh.
Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembukaan semula sector sukan dan rekreasi mulai 1 Januari ini kecuali di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
Sementara itu, Jefri berkata MSN akan mengadakan bengkel dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan pada akhir Januari bagi membincangkan rancangan dan persiapan untuk kejohanan utama seperti Siukan Olimpik, Paralimpik dan Sukan SEA pada tahun 2021, serta diikuti Sukma, Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada 2022.
Tambahnya, buat masa ini, MSN masih menunggu jadual kejohanan yang akan ditentukan oleh persatuan sukan Antarabangsa yang akan dilangsung dalam berperingakt pada tahun 2021 selaras dengan penemuan vaksin Covid-19. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -