Vivian Hoo-Khe Wei

Oleh Ku Mohd Lufti

Suasana suram menghantui pemain pemain  negara di Kejohanan Badminton Siri Super Dunia apabila wakil perseorangan negara dan bergu wanita tewas dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan.

Datuk Lee Chong Wei memulakan saingan dengan langkah kiri selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada wakil Korea Selatan Son Wan Ho straight set 10-21, 16-21 dalam aksi pembukaan kumpulan B.

Pemain nombor satu dunia ini akan bertemu wakil dari Hong Kong, Angus Ng Ka Long bagi aksi kedua kumpulan hari ini.

Dalam pada itu wakil bergu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun – Woon Khe Wei turut menerima nasib yang sama apabila tewas kepada gandingan Kamilla Rytter Juhl – Christinna Pedersen 7-21, 17-21.

Vivian dan Khe Wei perlu menang baki dua perlawanan andai mahu mengesahkan slot ke peringkat kalah mati.

Sementara itu, nasib berbeza dilalui bergu lelaki, Goh V Shem – Tan Wee Kiong yang diberi kemenangan percuma selepas lawannya, Mathias Boe – Carsten Morgensen menarik diri daripada kejohanan itu.

V Shem dan Wee Kiong dijadual bertemu pasangan China, Li Junhui – Liu Yuchen bagi aksi kedua kumpulan B.

- Advertisement -