Goh V Shem-Tan Wee Kiong

Oleh Ku Mohd Lufti

Hanya dua wakil negara meneruskan saingan ke peringkat suku akhir di kejohanan badminton Terbuka Denmark, perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan bergu lelaki Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.

Bergu wanita, Vivian Hoo Kah Mun – Woon Khe Wei yang melangkah ke pusingan ketiga bagaimanapun gagal mara ke suku akhir selepas dikejutkan dengan kekalahan ke atas pasangan dari Bulgaria, Gabriela dan Stefani Stoeva.

Pasangan Bulgaria itu hanya memerlukan 39 minit untuk menyingkirkan Vivian dan Khe Wei dengan keputusan straight set, 21-13, 21-19.

Nasib yang sama turut menghantui bergu campuran, Tan Kian Meng – Lai Pei Jing yang terkandas di tangan pasangan dari China, Li Junhui – Bao Yixin straight set 21-16, 21-16.

Kekecewaan kem negara bagaimanpun ditebus Datuk Lee Chong Wei dan bergu lelaki negara, Goh V Shem – Tan Wee Kiong.

Perseorangan yang juga pilihan pertama kejohanan Datuk Lee Chong Wei meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas menang ke atas wakil India, S.H Prannoy dengan keputusan straight set 21-10, 22-20.

Chong Wei akan berdepan pemain kelahiran Perancis, Brice Leverdez yang mengejutkan pilihan kelima dari Taiwan, Chou Tien Chen.

Manakala bergu lelaki negara, Goh V Shem – Tan Wee Kiong menamatkan cabaran gandingan England, Marcus Ellis – Chris Langrigde dengan kemenangan straight set 21-18, 21-17 dalam masa 46 minit.

V Shem dan Wee Kiong yang juga pilihan keempat akan berdepan pilihan kelapan dari China, Li Junhui – Liu Yuchen yang mengenepikan cabaran pasangan tuan rumah, Kim Astrup – Anders Skaarup Rasmusen. Di suku akhir.

- Advertisement -