malaysia-hockey

Oleh Ku Mohd Lufti

Permulaan positif dipamerkan skuad hoki senior negara di kejohanan Hoki Trofi Juara Juara Asia apabila menundukkan juara bertahan, Pakistan 4-2 malam tadi

Jaringan pertama The Speedy Tigers terhasil dua minit sebelum tamat suku masa pertama menerusi Firhan Ashaari hasil gerakan pukulan sudut penalti untuk kedudukan 1-0.

Pakistan tampak tidak tertekan dengan jaringan tersebut, sebaliknya membalas dengan dua gol untuk mendahului saingan menerusi jaringan Muhammad Aleem Bilal di minit ke 18 dan 39, kedua duanya disudahkan hasil pukulan sudut penalti.

Perlawanan bagaimanapun dihentikan seketika akibat hujan lebat sebelum disambung semula, padang yang basah tampak memberi kelebihan buat anak anak didik Stephen Van Huizen apabila berjaya menyamakan kedudukan dua sama, kali ini giliran Faizal Saari melakar nama selaku penjaring dim init ke 37.

Pakistan seakan akan kehilangan rentak dan peluang tersebut nyata dimanfaatkan The Speedy Tigers apabila kembali didepan 3-2 di minit ke 41 menerusi Shahril Saabah.

Faizal Saari mengesahkan kemenangan muktlak skuad negara dengan jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-60.

Malaysia dijadual berdepan China malam esok jam 8.30 malam.

- Advertisement -